BAB 10

Mystery & Detective Completed 41843

-Flashback-

Sebaik sahaja Zulaikha ternampak kelibat Iskandar, dia menggunakan peluang yang ada untuk menuduh Afiq sebagai pembunuhnya.

"Matilah kau Afiq! Lepas ni mesti kau masuk lockup! Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar"

Harini, merupakan hari kematian dirinya sendiri. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Dia mahu kehidupan Afiq musnah. Dengan car itu, barulah puas hatinya. Dah lama dia tunggu saat-saat ini. Dendam di dalam dadanya membuak-buak. Keperitan dalam hatinya tidak tertanggung lagi. Dia sudah tak tahu hukun pahala dosa. Yang penting, dia nak tamatkan riwayat hidupnya. Dia ingin menamatkan kesengsaraannya dengan cara mati.

Setelah Afiq dan Iskandar pulang ke rumah, dia membeli air sirap di tepi jalan. Lalu, dia meletakkan ubat tidur di dalam minumannya. Harap-harap ibu tak tolak air ni. Sebaik sahaja pulang ke rumah, Zulaikha terus memberi air minumannya. Semuanya berjalan dengan lancar. Ibunya terus masuk ke bilik dan tertidur. Zulaikha pergi ke dapur untuk mengambil botol termosnya di dalam peti sejuk yang disimpan pada bahagian beku peti sejuk.

Jam di tangan menunjukkan pukul 3:00 ptg. Dia kena cepat kembali ke sekolah sebelum kawasan sekolah ditutup. Cuaca petang ini sangat panas. Zulaikha meminum air di dalam botol termosnya hingga habis. Nampaknya ais di dalam botol termos makin mencair. Dia kena cepat.

Setelah tiba di dalam kelas 5D, dia terus menolak kesemua meja dan kerusi supaya belakang kelas tersebut luas. Dia mengeluarkan pisau yang diselaputi ais daripada botol termosnya lalu meletakkan di atas lantai. Pemegang pisau di bahagian bawah, mata pisau di bahagian atas. Tanpa membuang masa, dia terus menghidupka aircond dan mensetkan kepada 35°c supaya ais mencair dan mengewap untuk memastikan semua bukti hilang. Dia mesti mencari tempat yang sesuai untuk menyorokkan botol termos tersebut. Setelah puas mencari, akhirnya dia terjumpa tempat yang sesuai. Syiling!

Zulaikha menarik satu kerusi yang paling tinggi, memandangkan syiling kelas tersebut sangat tinggi baginya. Nasib baik tingginya yang hampir memcecah 180cm itu memudahkan dia menolak syilingnya. Itupun terpaksa berjengket. Ketika hendak menutup kembali syiling tersebut, Zulaikha tergelincir dan jatuh ke bawah lantai terkena pisau yang diletakkan tegak di atas lantai. Pisau itu terbenam ke dalam jantung Zulaikha. Zulaikha meraung kesakitan dan cuba untuk merangkak tapi tidak berdaya. Baru dia tahu betapa peritnya saat sakaratul maut. Bunuh diri yang dirancangnya menjadi kemalangan. Bukti tidak dapat dinyorokkan dengan sempurna. Degupan jantung Zulaikha semakin lemah. Akhirnya, Zulaikha mati di situ.

×××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Semua yang melihat lakonan Insp. Asyraf seolah-olah tidak percaya. Pegawai forensik cuba mengambil botol termos yang berada di atas syiling tersebut untuk mengenalpasti cap jari pada botol. Setelah botol tersebut berjaya dikeluarkan. Ibu Zulaikha seolah-olah tidak percaya bahawa botol yang dilihatnya pagi semalam di dalam peti sejuk ada di situ. 3 pegawai polis yang diarahkan untuk menyelongkar sampah itu memberitahu Insp. bahawa tiada bahan bukti yang dijumpai dalam tong sampah. Beberapa pegawai forensik yang lain juga cuba untuk mencari cap jari mangsa di lantai. Setelah 5 minit mencari, akhirnya cap jari Zulaikha dijumpai. Ibu Zulaikha dan Sarah menangis teresak-esak. Ayah Zulaikha menggelengkan kepalanya tanda kesal.

Insp. Asyraf : Tapi, bagaiman budak 17 tahun boleh berfikir cara yang complicated?

Aku (Iskandar) : Itu tidak mustahil bagi orang yang pandai fizik. Dia tahu, ais akn mengalami keseimbangan terma. Pada tahap tu, ais akan mencair dan mengewap.

Afiq : Kenapa semua ni mesti berlaku? Apa salah saya? Kenapa dia mesti berdendam dengan saya? Kenapa dia sanggup menggadaikan nyawa dia demi saya? *Afiq menutup telinganya dan rasa bersalah mula menyelubungi diri*

Aku (Iskandar) : Senang je jawapannya. C E M B U R U. Dan cemburu itu lahirnya daripada perasaan sayang.

Semua tergamam. Julia menundukkan kepalanya. Afiq menangis sepuas-puasnya. Hilang kejantanannya. Sarah tidak dapat menahan dirinya lalu terus keluar daripada kelas. Ibubapa Zulaikha tidak dapat menahan kesedihannya.

Insp. Asyraf mengucapkan terima kasih kepada aku kerana berjaya menyelesaikan kes.

2 bulan kemudian...

Aku dijemput ke majlis penghargaan yang dianjurkan oleh balai polis Segamat. Pada majlis makan malam itu, aku dianugerahkan gelaran "penyiasat muda" dan mendapat sijil kerana membantu menyelesaikan kes polis secara sistematik dan cermat. Penghargaan itu sekaligus telah menaikkan nama sekolah dan keluarga aku.

Semenjak kejadian itu, Sarah sering berjumpa kaunselor untuk mengubati hatinya yang lara. Dia masih lagi trauma dengan kejadian itu.

Afiq dan Julia membuat haluan masing-masing dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Dari gerak-geri Afiq, dia nampak sangat sedih dan menyesal dengan tindakannya yang lalu.

Setiap hari ahad, kami berempat akan menziarahi kubur Zulaikha mendoakan ketenangan roh Zulaikha di sana. Bunuh diri adalah dosa besar. Semoga tuhan mengampunkan dosanya yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience