BAB 2

Mystery & Detective Completed 41839

Keesokan harinya, aku pergi ke sekolah macam biasa. Sampai sahaja di sekolah, aku terus terdengar jeritan Sarah. Nice timing kononnya. Dalam hati aku, "Ni mesti ada mamat hensem baru masuk" Tapi jeritan dia lain macam. Aku terus berlari ke tingkat lima di mana jeritan tadi kedengaran. Kebetulan aku berada di depan lif, aku terus meloloskan diri ke dalam lif. Setibanya di tingkat 5, aku terus menuju ke kelas 5E. Seakan-akan aku tahu dari mana datangnya suara tersebut. Aku terus menerpa masuk ke dalam kelas tersebut. Jelas pada raut muka Sarah bahawa dia sangat terkejut. Aku mendekati Sarah untuk bertanya apa yang terjadi. Sarah tak mampu berkata apa-apa namun dia hanya mampu menunjukkan bahagian belakang kelasnya dengan jari telunjuknya. Mata aku terus memandang tempat yang ditunjuk Sarah. Aku terkejut. Mayat Zulaikha yang berlumuran darah berada di bahagian belakang kelas. Zulaikha terbaring dalam keadaan meniarap. Wajahnya dalam keadaan ketakutan. Mulutnya ternganga. Terdapat pisau menembusi dadanya dari belakang. Jantung aku berdegup kencang. Baru semalam aku nampak dia, harini dia dah pergi buat selama-lamanya. Benarlah cakap orang, "mati tak kenal usia dan waktu".

Tanpa berlengah lagi, aku menyuruh pelajar lain menelefon polis. Suasana menjadi kelam-kabut. Sebagai ketua pelajar, aku tiada pilihan lain. Aku terpaksa menenangkan semua pelajar dan menyuruh mereka masuk ke dewan sekolah kerana ini adalah kes polis. Cikgu Kamil menyuruh aku untuk mengawasi kelas tersebut supaya bukti pembunuhan tidak disentuh oleh sesiapa sehingga polis tiba. Cikgu Maria yang kebetulan ada di situ terus membawa Sarah ke bilik rehat untuk menenangkan keadaannya. Mana tidaknya, biji matanya sendiri menyaksikan mayat kawan baiknya mati dalam keadaan yang mengerikan. Siapa sanggup?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience