BAB 8

Mystery & Detective Completed 41839

Aku berfikir dua tiga kali untuk memberitahu polis apa yang ada di dalam fikiran aku. Yela, kalau tersalah cakap, silap-silap diri sendiri yang malu. Bukan malu sahaja yang aku dapat, silap haribulan, aku boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih sepuluh(10) tahun dan dengan sebatan dan bolehlah juga dikenakan denda dibawah Seksyen 420 kanun keseksaan kerana kononnya boleh menyelesaikan kes polis. Aku mula meniliti semua bukti dengan teratur.

Akhirnya,aku mengambil keputusan untuk membongkarkan perkara yang sebenarnya. Aku meminta tolong Insp.Asyraf untuk mengumpulkan kesemua bukti, suspek, forensik, dan ibubapa mangsa. Tanpa banyak soal, Insp. Asyraf patuh pada permintaan aku. Pada mulanya, dia teragak-agak untuk berbuat sedemikian rupa tapi setelah dipujuk berkali-kali akhirnya dia mengalah. Kami berkumpul di dalam kelas tersebut supaya lakonan pembunuhan dapat ditunjukkan dengan mudah dan jelas.

Tanda tanya jelas terpapar pada wajah masing-masing. Setelah semuanya telah tiba, aku memulakan perbicaraan.

Aku (Iskandar) : Saya minta maaf kalau saya menganggu masa anda semua dan menyusahkan semua orang. Tujuan sebenar saya kumpulkan kesemua suspek dan keluarga mangsa adalah saya nak bongkarkan segala-galanya pasal pembunuhan ni. Siapa, kenapa, bagaimana dan motif pembunuhan....... semuanya saya dah tahu.

Insp. Asyraf : oi oi oi budak! Awak ada bukti ke nak tuduh siapa pembunuhnya?

Aku (Iskandar) : Mestilah ada. Buktinya ada di depan mata kita sekarang ni. Kerusi yang ada di depan mangsa itulah buktinya. *aku menunjuk arah kerusi tersebut*

Insp. Asyraf : Kerusi? Apa kaitan kerusi dengan kes pembunuhan?

Aku (Iskandar) : Ia ada kaitan, tuan. Ahli forensik telah mengenalpasti tapak kasut tersebut adalah kepunyaan mangsa.

Ibubapa : Jadi? Apa kaitan tapak kasut dgn pembunuhan? Boleh tak kalau awak terus terang siapa pembunuhnya?! Kami tak faham! Jangan buang masa!

Aku (Iskandar) : Baiklah. Maafkan saya. Pembunuh tersebut adalah tiada sesiapa.

Sarah : Kau jangan main-main lah!! Kau tak nampak ke dia kena tikam pisau?? Kau nak cakap yang dia bunuh diri dia sendiri? Ma..... cam.... tu?

*Semua terdiam. Masing-masing terperanjat seolah-olah tidak percaya.*

Afiq : Jadi, ini adalah kes bunuh diri? bukan kes pembunuhan? *Afiq meninggikan suara*

Aku (Iskandar) : Ya.

Sarah : Ha ha ha. Kau jangan nak reka cerita la! Kau cakap kau tahu kan macam mana ia berlaku? Buktikan sekarang! Macam mana dia bunuh diri sambil tikam diri dia dari belakang? Macam mana ha? macam mana? Aku tak faham! Aku tak percaya. Kau tipu...... Tipu.... Tipu...*Sarah mula menangis tak dapat terima kenyataan*

Untuk memuaskan hati semua pihak, aku meminta tolong daripada Insp. Asyraf untuk melakonkan balik pembunuhan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience