BAB 6

Mystery & Detective Completed 41839

Tak lama kemudian, ibubapa Zulaikha tiba. Ibu Zulaikha menangis teresak-esak tidak dapat menerima hakikat sambil ditenangkan suaminya. Aku semakin sebak melihat keluarga Zulaikha. Aku faham bagaimana perasaan ibu kehilangan anaknya. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku cuba menenangkan perasaan mereka sekeluarga. Setelah keadaan kedua ibu bapanya reda, mereka disoal siasat. Masih bersisa air mata dalam kelopak air mata mereka akibat menangis.

Insp. Asyraf : Saya Insp. Asyraf daripada balai polis Segamat. Dipersilakan duduk puan & encik. *ibubapa Zulaikha terus menarik kerusi di depan matanya dan duduk menghadap Insp. Asyraf.* Minta maaf puan kalau saya tanya pada waktu yang tidak sesuai tapi kami mengharapkan pihak puan dan keluarga dapat memberikan kerjasama agar kes ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin. Hmm boleh saya mulakan soal siasat?

Ibu : ya

Insp. Asyraf : Bila kali terakhir puan menjumpai mangsa?

Ibu : Petang semalam.

Ayah : Pagi semalam sebab saya selalu balik malam. Jadi saya tak selalu ada di rumah.

Insp. Asyraf : Petang semalam? Maknanya semalam dia ada pulang ke rumah?

Ibu : Ya. Dia balik kira-kira pukul 3 ptg. Katanya, dia baru habis belajar di perpustakaan. Lepastu dia terus masuk ke bilik.

Insp. Asyraf : Lepastu? Mangsa didapati mati pada pukul 4 ptg. *Ibunya terkejut*

Ibu : Apa??! Saya minta maaf. Lepastu saya masuk ke bilik saya untuk tidur sekejap. Tiba-tiba kepala saya terasa berat lepas minum air yang Zulaikha bagi.

Insp. Asyraf : Air? Air apa?

Ibu : Air sirap. Dia kata dia beli di gerai sebab dia tahu saya penat. Tanpa fikir panjang, saya minum je laa. Kalau makcik tahu semua ni akan berlaku, makcik takkan tidur semalam. *Air matanya mula jatuh*

Insp. Asyraf : Maafkan saya. Kalau puan & encik tak nampak dia waktu malam, puan tak rasa curiga ke?

Ibu : Dia memang selalu tak makan malam. Dia jarang keluar bilik. Jadi, kami tak rasa apa-apa curiga pun.

Insp. Asyraf : Oh begitu. Terima kasih atas kerjasama encik dan puan. Encik & puan boleh balik berehat. Kalau ada apa-apa lagi, saya telefon. *Sambil meminta nombor telefon* Oh ye sebelum saya hampir terlupa, kami ingin meminta kebenaran daripada puan dan encik untuk membawa mayat Zulaikha ke hospital untuk disoal siasat. Saya minta maaf kalau saya menyeksa Zulaikha dengan membiarkan mayat Zulaikha di sini dari tadi. Tapi, kami perlu mendapat keizinan penjaga dulu sebelum bawa mayat mangsa ke hospital dan supaya pemeriksaan forensik tidak terganggu. Saya minta maaf banyak-banyak ye puan, encik.

Ibu : Tak mengapa. Terima kasih. Inspektor boleh bawa mayat anak saya ke hospital. Segala maklumat terkini, tolong inform kepada kami ye.

Insp. Asyraf : Baiklah puan. Terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience