BAB 9

Mystery & Detective Completed 41841

Sebulan yang lalu,

Zulaikha yang baru balik daripada kelas bersemangat untuk berjumpa dengan Afiq. Dia pulang agak lewat kerana membantu cikgu Azizi menanda kertas jawapan peperiksaan pertengahan tahun. Dia tahu Afiq berada di mana sekarang ni. Pasti dia ada dalam kelas dia tengah study. Zulaikha berniat untuk memberikan kejutan kepada Afiq tentang keputusan fizik dia. Dia dapat 100% dalam fizik. Tidak sia-sia dia buat study group dengan Afiq.

Kelas Zulaikha berada di tingkat 5 manakala kelas Afiq berada di tingkat 3. Dia terus menekan butang lif menuju ke tingkat 3 untuk berjumpa dengan Afiq. Jantungnya berdegup kencang tak sabar ingin berjumpa dengan kekasih pujaan hatinya. Dia terus berlari sebaik sahaja pintu lif terbuka di tingkat 3. Sampai sahaja di hadapan kelas Afiq, lariannya terus terhenti, senyuman pada mukanya berubah menjadi kelat. Kakinya kaku tak dapat bergerak. Matanya membulat merah menahan marah seperti harimau yang ingin menerkam mangsanya. Zulaikha seolah-olah tak percaya drama apakah yang sedang dia saksikan.

Dihadapan matanya, terdapat 2 sosok tubuh lelaki dan perempuan sedang bercumbu-cumbuan. Lelaki itu tidak lain dan tidak bukan, Afiq! Perempuan tu pula, adik angkat Afiq. Perasaan marah, cemburu, sedih, terkejut, geram semuanya bercampur-baur waktu itu. Tanpa sedar, Zulaikha sudah menggenggam penumbuknya. Tangan Afiq meraba-raba dada dan paha adik angkatnya, Julia. Julia pula membiarkan sahaja tindakan Afiq itu.

Makin lama diperhatikan, makin rakus mereka berdua. Zulaikha sudah hilang sabar. Dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menangkap gambar mereka berdua. Dia sudah tidak sanggup untuk melihat 'permandangan buruk' itu. Hebat permainan Afiq! Drama king! Pandai dia berlakon.

Zulaikha terus berlari meninggalkan kawasan sekolah. Dia tidak lagi dapat menahan emosinya. Air matanya berjujuran membasahi pipinya dan bajunya. Air matanya mengalir dengan deras macam air hujan. Tidak disangka, kedua-duanya manusia yang dia percayai itu menikam belakangnya. Tidak terlintas di dalam fikiran Zulaikha bahawa keakraban mereka berdua selama ini bukanlah sekadar hubungan adik-beradik, malah lebih daripada itu. Lebih tepat, sebagai pemuas nafsu.

Dendam kesumat di dalam hatinya mula berputik. Dia pasti akan membalas dendam kepada kedua-duanya. Dia ingin memusnahkan kehidupan mereka berdua ini. Dia bertekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience