#4

Romance Series 11306

Sirat kebosanan. Nak tengok televisyen, ayah dan ibunya tengah layan drama Korea. Nak menyelit, dia tidak minat. Ini semua penangan si Arfahlah. Sampaikan ayah dan ibunya jadi peminat drama Korea. Mujurlah Arfah tak pernah melalak lagu Korea dalam rumah ni.

Sirat hanya nampak Encik Naim dan Puan Nara saja yang melayan drama. Arfah tak adalah pula. Bibir mula menguntum dengan senyuman. Dah tahu bagaimana cara untuk dia menghilangkan kebosanannya. Mata mula melilau mencari kelibat si Arfah. Tiada. Dia yakin Arfah pasti sedang melepak di kolam renang. Selalunya di situlah tempat bertapa Arfah kalau tiada dalam rumah.

Sirat atur langkah menuju ke kolam renang. Dari jauh dia sudah nampak Arfah duduk di tepi kolam dengan kaki berjuntaian bermain air.

“Arfah rindu ayah dengan ibu. Rindu sangat.”

Terhenti langkah Sirat. Tidak jadi niatnya mahu menyakat Arfah.

“Semalam Arfah rasa rindu sangat dengan ibu. Arfah baca Al-Quran yang ibu hadiahkan pada Arfah. Lepas tu Arfah tertidur peluk Al-Quran tu. Rasa macam peluk ibu pula.”

Jatuh rasa kasihannya mendengar bicara sayu Arfah. Semalam dia ada terdengar suara Arfah mengaji dalam pukul satu pagi. Sebenarnya tanpa pengetahuan Arfah, setiap kali dia terdengar suara Arfah mengaji dia pasti akan duduk bersandar sekejap di dinding berhadapan dengan pintu bilik Arfah. Dia rasa tenang apabila mendengar suara gadis itu mengaji Al-Quran.

“Arfah bahagia tinggal dekat sini. Cuma…”

Sirat nampak Arfah mengesat matanya.

“Cuma Abang Sirat tak sukakan Arfah. Dia selalu marah Arfah. Arfah nak nyanyi pun dia marah. Mikropon yang ayah bagi pada Arfah pun dia dah rampas.”

Sebak pula Sirat mendengarnya. Teringat mikropon yang dirampasnya semalam. Dia masih belum pulangkan pada Arfah. Nanti ajelah dia pulangkan mikropon kesayangan Arfah tu. Dia tahu mikropon tu amat bermakna buat Arfah. Pemberian arwah ayah Arfah semasa hari lahir Arfah. Dia tahu pun sebab Puan Nara yang bercerita. Pasal Arfah dia tidak perlu bertanya. Puan Nara memang ringan mulut bercerita tentang Arfah padanya.

“Abang Sirat tu comel tapi perangai tak comel. Menyampah betul. Semua benda Arfah buat tak pernah dia suka. Arfah debik juga duda jenglot tu.”

Bulat mata Sirat. “Amboi… Bukan main kau kutuk aku ya. Nasib baik kau cakap aku comel kalau tak aku tolak kau masuk kolam tu.”

????????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience