Kecewa dengan seorang gadis membuatkan Sirat memilih seorang wanita berusia untuk dijadikan isteri. Namun perkahwinan yang tidak direstui hanya mampu bertahan sekejap saja. Pulang ke rumah keluarganya, dia bertemu pula dengan Arfah. Arfah menjadi anak angkat kepada ayah dan ibunya setelah Arfah kehilangan insan tersayang. Bergaduh sudah menjadi rutin harian mereka. Arfah menyangka Sirat membencinya tapi hakikat yang sebenar, hanya Sirat saja yang tahu. Tidak mahu kehilangan Arfah, kedua ibu bapa Sirat bertindak mahu menjodohkan keduanya. Pada mulanya hati terpaksa menerima. Namun cinta hadir juga antara mereka. Kemunculan seseorang dari masa lalu Sirat, mula menjadi jarum dalam perhubungan mereka berdua. Saat Arfah menghilangkan diri, barulah Sirat menyedari kesilapan yang telah dia lakukan. Mampukah dua hati menjadi satu? Selami nada-nada indah yang mengiringi perjalanan kisah cinta Sirat dan Arfah.
Update 06 December 2024
2021-10-22
best juga novel ni,
2021-08-06
Hai semua, sy nak tumpang promote karya saya yang bertajuk 'grateful', jemputlah ramai² baca novel sy.Thanks Miss Cactus bagi sy promote novel sy :))
2021-08-02 1 Replies
Wahh tahniah sis! Saya pun teringin nak published novel sendiri. Tapi tu lah, saya tak yakin. Takut kena reject. Lagipun Novel yang saya tulis belum siap sepenuhnya.