“Abang Sirat nak minum? Arfah boleh tolong buatkan.”
Baru saja Sirat mahu membalas bicara Arfah, telefon bimbitnya berbunyi. Melihat nama yang tertera, segera dijawabnya. Terlupa pada Arfah yang masih berdiri di hadapan pintu biliknya.
“Ya, saya dah sampai rumah.”
Arfah pasang telinga. Siapa pula menghubungi Sirat pukul satu pagi ini.
“Awak tak perlu risau Wea. Saya okey aje. Yang tak sihat tu awak. Esok saya datang temankan awak.”
Zap!
Wea? Siapa Wea? Arfah tertanya-tanya di dalam hatinya. Sirat bercakap secara membelakangi dirinya. Mungkin lelaki itu terlupa dia ada di situ untuk mendengar perbualan Sirat bersama pemanggil yang dipanggil dengan nama Wea itu.
“Ya, jangan risau. Saya ada. Saya akan temankan awak.”
Bum!
Sirat terkejut. Pusing belakang, pintu biliknya sudah tertutup rapat.
Share this novel