Bab 6

Mystery & Detective Completed 8152

Krekkkk!!

Sayup terdengar salah satu pintu di dalam Teratak Tiara terbuka dengan sendirinya. Meliar mata lima anak muda tersebut. Menyuluh-nyuluh rambang bagi mencari dimana datangnya bunyi itu. Sedang kalut dengan tingkah sendiri, bahu Joe yang berdiri paling hujung ditepuk. Pantas dia menoleh. Namun, tiada siapa.

Peluh sudah mula terbit didahi lima anak muda itu.

‘Buat apa tu…’.

Satu suara menegur mereka. Nun, dihujung sana kelihatan seorang perempuan. Elok berjubah serba putih, meleret-leret ke lantai memberikan senyuman penuh makna. Dengan rambut yang menutupi muka, dan suasana yang gelap gelita, menyukarkan mereka untuk melihat wajah ‘si cantik manis’ itu. Achmad sudah terketar menggigil. Mirul pula sudah pengsan. Hanya Dayat, Fuad dan Hans sahaja yang beriak selamba.

Semakin lama, perempuan itu semakin mendekat. Bagai melayang sahaja tubuhnya merapati. Dan, mereka berlima masih kaku disitu. Ya Allah.. Tolong aku, doa Achmad didalam hati. Kejap dia memegang lampu suluh. Dipaut Fuad disisi sambil memejamkan mata.

Tatkala jauh mereka hanya beberapa meter sahaja, tubuh perempuan itu melayang. Seolah terbang ke atas lalu menghilang disebalik dinding Teratak Tiara. Achmad menghembus nafas. Fuhhh lega!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience