Bab 7

Mystery & Detective Completed 8152

Hans yang melihatkan keadaan itu, segera menarik lengan Dayat. Timbul juga rasa takut dihatinya. Dia mahu segera pergi dari Teratak Tiara. Tanpa sedar, bukan lengan Dayat yang ditariknya itu. Pabila yang ditarik sekadar mendiamkan diri dan menurut, timbul rasa hairan dihati Hans. Namun, langkah kakinya tetap diteruskan. Tercari-cari dia akan pintu utama Teratak Tiara.

“Abang nak bawa saya ke mana? Nak carikan kepala saya, ya?”.

Satu suara menegur. Semerta langkahan kaki Hans terhenti. Dengan pantas dia menoleh. Nahhh! Satu lembaga perempuan tiada berkepala betul-betul dihadapannya. Hampir gugur jantung Hans melihatkan lembaga itu. Mahu dia menjerit sekuatnya, namun suaranya bagaikan tersekat dikerongkong. Mati aku!, bentak hati kecilnya.

“Tolonglah bang.. Carikan kepala saya”.

Suara itu berkata lagi. Hans masih lagi kaku. Terketar-ketar lututnya mahu menampung tubuhnya yang terkaku. Semerta terasa lembik, bagai sukar untuk terus berdiri. Wajahnya sudah pucat tidak berdarah. Matanya terus terbeliak memerhatikan lembaga tidak berkepala itu. Hanya seketika, Hans rebah tidak sedarkan diri.

Lain pula halnya dengan sahabat-sahabatnya itu. Sememangnya, tidak seorang pun yang sedar akan ketiadaan Hans dan Mirul. Pada mereka, mereka tetap berlima. Kaki terus melangkah perlahan-lahan. Kali ini, bukan untuk terus menjelajah ruang isi dalaman Teratak Tiara, tetapi mahu mencari pintu utama. Mereka mahu segera keluar dari rumah berpuaka tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience