Bab 5

Mystery & Detective Completed 8152

Setelah berbincangan ala kadar, mereka putuskan malam itu juga mahu ke Teratak Tiara. Dan, tepat jam 12 malam, mereka sekali lagi berkumpul di warung Pak Kob dengan kelengkapan seperti lampu suluh dan juga rokok. Biasalah lelaki zaman sekarang, kalau tiada rokok, seakan tidak boleh hidup.

Dahi Achmad dan Mirul sudah berpeluh sebaik mereka berlima berdiri terpacak dihadapan Teratak Tiara. Bangunan itu sememangnya menakutkan. Ditambah suasana malam yang gelap, seakan-akan menambahkan lagi ketakutan bangunan terbiar itu. Fuad, Dayat dan Hans sekadar memerhati. Langsung tidak timbul rasa takut dihati. Bagi mereka, Teratak Tiara hanyalah sebuah rumah lama yang ditinggalkan terbiar dan using oleh pemiliknya. Tidak lebih dari itu.

Perlahan kaki melangkah masuk. Lampu suluh digunakan sebaik mungkin bagi menerangi kawasan yang sudah gelap gelita. Dari satu sudut ke satu sudut mereka jelajahi. Tanpa sedar, ada yang memerhatikan. Melompat-lompat, dan hilang. Ada juga yang duduk berjuntaian kaki dengan sepasang jubahan putih meleret ke bawah. Itu tidak termasuk yang berjalan tanpa hala tujuan. Seolah mencari sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience