Prolog

Mystery & Detective Completed 8152

Tiara... menggamit kenangan zaman persekolahan
Tiara... ku mimpi kita bersanding atas kayangan
Seakan bisa kusentuh peristiwa semalam
Di malam pesta engkau bisikkan
Kata azimat di telinga

Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah
Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata
Engkau jauh meniti puncak menara gading
Yang menjanjikan hidup sempurna
Tapi aku hanya tunduk ke bumi
Hidup tertekan
Jika kau bertemu aku begini
Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
Di penjara terkurung terhukum
Hanya bertemankan sepi

Bisakah kau menghargai
Cintaku yang suci ini...
Oh! Tiara... pedihnya
Dapatkah kau merasakan...
Bisakah, masih bisakah
Engkau hargai cintaku lagi
Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakan
Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakannya...
TIARA... Oh.!

Rumah mewah dua tingkat diberi nama Teratak Tiara sunyi sepi dari sebarang bunyi. Hanya kedengaran sayup-sayup tangisan kecil wanita dari celah jendela kamar atas. Teratak Tiara dipilih setelah kelahiran puteri tunggal pasangan Zakery dan Cempaka yang bernama Tiara. Keluarga ini hidup aman bahagia sehinggalah kematian Cempaka akibat kemalangan jalanraya. Zakery tidak boleh menerima kenyataan kehilangan isteri tercinta dan membuat keputusan untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan menikam diri sendiri.

Tinggal lah Tiara sebatang kara ditemani seorang pembantu rumahnya, Zabedah yang setia. Genap usia Tiara 18 tahun, Zabedah pula meninggal dunia akibat sakit tua. Tiara hilang tempat bergantung. Dalam masa yang sama dia berkenalan dan jatuh cinta dengan seorang pemuda bernama Ahmad yang seringkali datang ke rumahnya ‘Teratak Tiara’ untuk membersihkan halaman rumah. Ahmad dan Tiara saling mengenali sejak Tiara dibangku sekolah ketika berusia 12 tahun. Mereka hanyut bercinta sehingga benih Ahmad melekat di dalam rahim Tiara tanpa ada ikatan yang sah. Ahmad berjanji akan mengahwini Tiara, tetapi ditentang hebat oleh ahli keluarganya yang mengatakan keluarga Tiara mempunyai badi yang buruk. Ahmad di bawa lari keluarganya ke sebuah daerah di Indonesia dengan harapan dapat mengubati penyakit angau Ahmad yang jatuh cinta secara tiba-tiba terhadap Tiara.

Hari-hari Tiara bertemankan air mata kerana mengenangkan nasib dirinya dan rasa rindu terhadap Ahmad. Khabar berita dan nasib Ahmad tidak diketahuinya berbulan lamanya. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan perut yang makin membesar saban minggu. Namun, hatinya cekal untuk melahirkan dan membesarkan benih cintanya bersama Ahmad seorang diri. Segala persiapan dilakukan ala kadar dengan menggunakan harta tinggalan keluarganya yang makin berkurangan. Sempat juga Tiara menjahit sebuah patung badut yang sangat comel untuk bayinya nanti.

Genap 38 minggu usia kandungan Tiara, dia terasa seolah bayi yang dikandungnya sudah tidak sabar ingin melihat dunia. Tiara memaksa diri untuk keluar dari Teratak Tiara ke rumah bidan yang terdekat. Baru sahaja Tiara menguak pintu hadapan, tiba-tiba tiga orang lelaki bertopeng meyerbu masuk ke dalam rumahnya dan secara tidak sengaja menyebabkan Tiara terjatuh ke lantai. Seorang lelaki menekup muka Tiara dengan harapan Tiara tidak menjerit, dan dua lagi sedang menyelongkar isi rumah Tiara. Tiara meronta ingin melepaskan diri kerana kesakitan yang dialami tetapi diugut dengan lelaki yang mengawasinya dengan mengacukan pisau di leher…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience