Bab 2

Mystery & Detective Completed 8152

Berpuaka? Mungkin benar. Melihatkan keadaan rumah tersebut dan juga cerita-cerita yang didengar tentang usikan-usikan yang berlaku dirumah itu, bagai meyakinkan Achmad bahawa rumah using dua tingkat itu sememangnya berpuaka. Haish! Bila teringatkan cerita-cerita mereka, semerta timbul ketakutan dihati. Langkah semakin laju diatur, peluh yang terbit didahi, diseka untuk yang kesekian kalinya.

“Achmad….”.

Sayup terdengar namanya dipanggil. Tanpa menoleh ke belakang, berterabur Achmad membuka langkah seribu. Laju dia berlari meninggalkan rumah berpuaka tersebut. Pucat lesi wajahnya bagaikan tiada berdarah. Termengah-mengah nafasnya sebaik tiba diwarung Pak Kob. Tempat dia dan rakan-rakannya selalu melepak.

“Kau kenapa?”,soal Dayat sebaik melihatkan wajah Achmad yang memucat.

Achmad masih seperti tadi, termengah-mengah dan cuba untuk menenangkan diri. Tanpa sedar, Teh Ais dimeja, dicapai lalu disedut rakus. Dayat yang melihat, sekadar memandang geram.

‘Air aku tu!!!’,kata hatinya. Teman-teman lain juga, yang seramai empat orang itu turut memandang hairan.

‘Apa kena dengan budak ni?’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience