Bab 3

Mystery & Detective Completed 8152

Setelah beberapa ketika, barulah Achmad berjaya menenangkan diri. Wajah yang pucat kembali memerah. Nafasnya juga sudah diatur perlahan dan tenang. Laju sahaja mulutnya berceloteh. Menceritakan kembali apa yang dilaluinya tatkala melintasi Teratak Tiara. Satu persatu dan begitu teliti. Tiada satu babak pun yang ketinggalan. Habis semuanya diberitakan kepada teman-teman. Ada yang mendengar penuh minat, ada juga yang buat acuh tidak acuh, dan ada juga yang turut merasai ketakutan.

“Ahh engkau memang penakut! Baru macam tu dah cuak..”,perli Fuad sebaik Achmad selesai bercerita.

Meringis geram wajah pemuda itu pabila dituduh pengecut. Rakan yang lain, sekadar tersengih memerli.

“Kau tak kena, bolehlah cakap”,balas Achmad. Bengang!

“Elehhh.. Kalau aku, aku dah sahut panggilan dia”,sampuk Hans. Berdekah tawa menyusul kata-katanya.

“Jangan cakap besar Hans.. Tempat tu aku dengar, memang berpuaka”,ujar Mirul pula. Terlihat raut ketakutan disebalik wajahnya.

“Macam ni laa.. Nak tahu Tearatak Tiara tuh berpuaka ke tak.. Jom kita explore”,Dayat tersengih. Dijungkit-jungkitkan keningnya tanda mencabar. Matanya terlukis riak nakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience