Bab 8

Mystery & Detective Completed 8152

Krekkk!!!

Sekali lagi kedengaran seperti pintu dibuka. Berkeriut bunyinya. Dayat pantas menoleh. Sebaik tiada apa yang terlihatkan oleh mata, segera dia menghembuskan nafas lega. Disandarkan tubuhnya yang sudah basah dek peluh ketakutan didinding Teratak Tiara. Seakan ingin mencari semangatnya yang hampir hilang sebentar tadi.

Tanpa dia sedar, dia sudah keseorang disitu. Fuad dan Achmad entah ke mana menghilang.

Seketika, dirasakan ada sesuatu disisinya. Perlahan Karat menoleh. Ya Allah! Semerta hatinya menjerit kuat. Namun, hanya sekadar didalam hati. Membulat matanya memerhati. Terketar-ketar mulutnya. Semerta bertukar pucat wajahnya. Lutut dirasakan lembik tiba-tiba.

Dikejauhan, terlihat satu lembaga kecil, umpama besar seorang kanak-kanak 5 tahun, sedang menuju ke arahnya sambil mengesot. Di lengannya terkepit sebuah patung badut yang lusuh. Semakin lama, semakin hampir. Dengan muka yang ditunduk ke bawah, wajah itu lesu memandang Dayat yang ketakutan. Tiba-tiba Dayat terbayang hantu budak kecil dalam filem Ju-On. Sebijik!!

Seumur hidupnya, inilah baru pertama kali dia rasa takut yang amat sangat. Sebelum-sebelum ini, dia sungguh berani untuk bercakap besar kerana tidak pernah sekalipun dia berjumpa dengan makhluk sebegini. Inilah pertama kali. Dan, kali ini jugalah dia merasa menyesal kerana membuat cabaran buat teman-temanya.

Semakin lama, lembaga kecil itu semakin menghampiri. Mengesot-gesot dengan wajah simpati. Kejap Dayat memejamkan mata. Dadanya berombak. Bibirnya terketar-ketar. Dihati, dia berdoa agar lembaga tersebut segera menghilang.

Pabila dirasakan dirinya sudah bertenang, perlahan Dayat membuka mata. Ditoleh ke kanan. Lega. Lembaga itu sudah tiada. Ditoleh pula ke kiri. Hatinya semakin lega kerana lembaga itu benar-benar telah tiada. Namun, sebaik dia memandang ke hadapan. Molek lembaga itu terjuntai dari atas memandangnya. Dan, jarak mereka hanya sejengkal. Dayat rebah tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience