Completed
8209
Agak lama sahabat berlima itu berdiam. Dikepala masing-masing, menimbal-nimbal baik buruk cadangan sahabat mereka satunya itu.
Siapa yang tidak kenal Dayat atau nama sebenarnya Raja Hidayat yang sememangnya berani itu. Dia anak pesilat terkenal Negara.
“Hai.. Takkan takut kot.. Macam takder…”,Dayat masih lagi tersengih. Sengaja dia tidak menghabiskan sebutan ayatnya. Buat anak jantan, pasti memahami apa yang dimaksudkannya itu.
“Ok! Aku follow!”,balas Hans penuh semangat. Dua manusia ini memang begini. Pantang ada aktiviti yang mencabar, pasti menjadi sahaja. Keduanya memang tidak pernah mengenal erti takut.
“Hans follow, aku pun follow laa”,ujar Fuad memberi kata putus dirinya. Siapa yang ingin digelar pengecut, bisik hati Fuad. Matanya memerhatikan Achmad dan Mirul. Riak sinis diberikan. Kenal benar dia dengan dua sahabatnya yang sememangnya agak penakut itu.
Melihatkan tiga sahabatnya sudah memberi kata putus, akhirnya Achmad dan Mirul turut menyertai. Walau dihati timbul rasa berbelah bagi, namun pada mereka, lebih baik mengikut sahaja tiga yang lainnya daripada mendapat gelaran pengecut seumur hidup. Malu oiii!!
Share this novel