Bab 1

Mystery & Detective Completed 8152

Setiap kali lalu dihadapan rumah terbiar yang diberi nama Teratak Tiara itu, pasti roma ditangan mahupun dileher Achmad meremang. Entah apa yang keramatnya binaan tersebut, Achmad sendiri tidak pasti. Mungkin, rumah terbiar itu mempunyai seribu satu kisah misteri yang belum terungkaikan.

Meliar mata Achmad memerhatikan rumah usang tersebut. Seingatnya, rumah itu sudah ditinggalkan terbiar kosong sejak dia kecil lagi. Kalau dikira-kira, mungkin sudah melebihi 40 tahun ianya tidak berpenghuni. Dan, mungkin kerana itu jugalah penghuni-penghuni lain yang sudah mendiami rumah kosong tersebut.

Bila terfikirkan sahaja tentang makhluk lain yang menghuni bangunan tersebut, semakin laju hayunan langkah Achmad. Debaran didada juga semakin menggila. Arghh!! Kenapa aku mesti lalu disini!. Bentak hati Achmad. Namun, cuma disitu sajalah satu-satunya laluan shortcut untuk ke tempat yang dituju. Dan, dek kerana dia sudah kelewatan janji, mahu atau tidak, dia terpaksa juga melalui jalan berpuaka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience