Completed
8209
Fuad dan Achmad masih lagi mencari-cari dimana pintu utama Teratak Tiara. Sebaik mata terpandangkan pintu yang tersenggam tidak jauh dari mereka, segera kaki laju menghayun langkah. Langsung tidak dipedulikan nasib teman-teman lainnya. Pada mereka berdua, mereka masih lagi berlima. Langsung tidak sedar akan ketiadaan tiga lagi sahabatnya itu.
Fuad menjeling Achmad disisi. Difikiran, timbul niat jahat untuk menyakat Achmad. Alang-alang sudah mahu keluar, tidak salah untuk meninggalkan sedikit kenang-kenangan, fikir Fuad. Segera dia menghentikan langkah. Achmad yang melihat turut berhenti sama. Pelik dia melihatkan Fuad.
“Mad! Belakang kau.. Belakang kau…”,ujar Fuad dengan riak ketakutan yang dibuat-buat.
Achmad yang mendengar, semerta ketakutan. Wajah yang sememangnya pucat, semakin membiru. Terkaku dia berdiri, tanpa langsung ada rasa untuk menoleh ke belakang. Bulat matanya memerhatikan Fuad dihadapannya. Fuad bersorak keriangan didalam hati. ‘Sorry Mad’,bisik hati kecilnya.
Tanpa Fuad sedari, dibelakangnya ada seseorang. Perempuan dengan wajah yang buruk, sedang menyeringai memandang. Terbeliak mata Achmad memerhati. Itu yang ditakutkannya sebentar tadi. Bukanlah apa yang dikatakan Fuad. Ingin memberitahu, suaranya seakan tersekat di kerongkong.
‘Belakang siapa?’.
Perempuan itu bersuara. Semerta mati usikan Fuad. Terkaku tubuhnya tika itu. Lututnya tiba-tiba lembik. Perlahan dirasakan ada yang sedang menghampiri. Dan, perlahan juga dirasakan ada sepasang tangan memeluk lehernya. Fuad menoleh. Dan, saat itu juga ‘si dia’ menoleh sama. Menunjukkan rupa sebenar dirinya dengan wajah yang memburuk, berkopeng-kopeng dan berbau. Ternganga Fuad melihatnya. Dia rebah.
Acmad yang melihatkan keadaan itu tidak menunggu lama. Berterabur dia mengatur langkah seribu. Berlari selajunya meninggalkan Teratak Tiara. Tidak dihiraukan langsung rakan-rakan lainnya itu. Apa yang penting, dia perlu segera membawa dirinya jauh dari Teratak Tiara. Rumah itu benar-benar berpuaka.
Share this novel