BAB 2

Romance Completed 6872

Dia tersenyum lebar tanda puas hati. Terpinga pinga aku dibuatnya.

“Sorry, I’ve got to go, dah lambat ni nak ke kerja”.

Dengan pantas dia menghulurkan kad businessnya sebelum sempat aku mengangkat kaki meninggalkanya.

“Takkan card pun tak boleh terima, salam I you dah tolak. You are going to need it some day, believe me”.

“Well, ok, if that will make you happy, and as a way of thanking you”.

Aku pun berjalan tanpa menoleh.

Kringg…tel di meja office berbunyi.

“Lia, please come to my office”.

Si tua ni, tak boleh tengok orang senang sikit. Baru nak buat kopi. Mesti adalah project ni, kalau tak jangan harap nak nampak muka dia pagi pagi buta begini, lagi lagi hari Isnin. Aku merungut.

“Morning boss, you call for me?”

“Ok, heres what you need to do and its all self explanatory. If you have any questions, please feel free to ask, if not, I have loads of work to finish, you may go now”.

Boss aku, Mr Simmon memang ok orangnya. Tapi jangan dia naik angin, satu office kecot. Aku dah tahu benar perangai mat salleh celop ni. Kalau dia good mood, berjam jam pun tak selesai kat bilik dia, kalau tidak, muka kita pun dia tak nak pandang. Aku mengambil fail didepan ku dan terus meluru keluar. Aku tersandar sambil mengamati dokumen dokumen di dalam fail. Conference lagi. Tak habis habis. Penat dua minggu lepas belum lagi hilang dah bakal datang penat yang baru. Aku terus memulakan tugas ku.

Mata ku tiba tiba terpandang pada name card yang tertera satu nama yang pernah aku dengar. Aku terus bongkar beg tangan aku. Mana pulak name card ni. Aku pun tak perasan samada aku simpan name card yang telah dihulurkan oleh si punya mata jahat tu tadi pagi sebab aku dah kelam kabut sangat. Lagipun buat apa aku nak simpan name cardnya. Tapi yang silapnya, aku tak sempat pun nak tengok name card tu. Ahh…bukan dia lah. Kalau dia sekalipun, apa aku peduli. Aku mengangkat gagang tel dan dial no yang tercatit di name card itu.

“Hello, can you put me through to Mr Hans Isac please”.

“Hold the line please” terdengar suara lembut yang menyambut panggilan ku.

“I’m sorry maam, the lines engage, would you like to hold or can I get your number and I shall get Mr Isac to return your call”.

“That would be great, heres my no”.

Aku pun mula sibuk dengan tugas harian ku.

“Lia theres a message for you”,

Maria, receptionist di tempat kerja aku hulurkan nota pesan sebaik saja dia nampak muka aku yang baru keluar dari tandas. Aku membalas panggilan itu tapi di divertkan ke tel bimbit.

“Hi, this is Hans, I’m unable to answer to your call now, please leave your name and number, I shall return your call when I am available…tit…....

“Hi, this is Lia, from Mc Simmon & Gill, would you please return my call at my office ……. or mobile ……. at your earliest. Thank you”.

Lepas kerja hari ni, aku tak kemana mana, Maria ajak aku ke gym lepas kerja tadi tapi aku macam malas, rasa penat pulak badan ni. Hujung minggu selalunya aku habiskan masa bersama mak dan abah. Kalau tak pun, hang out kat rumah kak Diana, melayan keletah anak saudara ku yang memang aku sayang sangat. Sampai di rumah, mak dan abah tak da.

Ditinggalkan pesan, “mak dan abah diajak balik kakak kau, mak dah masak, kalau kau nak makan panaskan aja lauk. Nanti dah sampai rumah, call mak kat rumah kakak kau ok”. Kena tinggal lagi aku. Semenjak abah dah retire dan kak Diana menimang cahaya matanya yang pertama, mak dan abah excited dengan kehadiran Nasha Nabilah yang dah sekian lama dinanti nantikan. Maklumlah, cucu pertama. Kak Diana selalu pass comment yang perangai Nasha ada terkenan kat aku sikit. Nasha dengan senang dan sendirinya memangil aku Mami. Kat rumah ni pun, mak dan abah bosan, lagi lagi kalau aku sibuk dengan tugas, tak sempat langsung nak bersembang sembang dengan mereka. Kadang kala bukan aku tak nak berbual bual dengan mereka, tapi setiap kali kami berbual, topik yang sama akan diutarakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience