BAB 22

Romance Completed 6872

“Kau kan belum sihat lagi”

“dah lama lia tinggalkan rumah mak, nak tengok apa yang perlu dibuat. Mungkin kalau mak ok, lia tinggalkan budak budak sebab susah nak buat kerja kalau ada dorang.”

Entah kenapa malam ni aku tak boleh tidur pulak. Mungkin kerana perubahan cuaca dan masa. Kalau di Sydney, waktu sekarang aku sedang rehat rehat bersama uncle dan auntie sambil menghirup hot chocolate dan makan kuih muih buatan auntie. Auntie memang rajin buat kuih muih. Dah menjadi kebiasaan katanya.

Lantas ku hampiri meja study ku, ku capai kotak di dalam laci dan terburai semua isi kandungan dalam kotak itu. Mungkin terlalu berat untuk menampung berat isinya.

Satu persatu surat surat itu aku kutip. Semua surat surat itu aku lihat berenvelopkan yang sama dan tulisan pada surat surat itu pun semuanya dari orang yang sama aku jangkakan.

Aku mula aturkan mengikut haribulan yang tertera pada stamp di envelope. Ada dari dalam negeri dan ada yang dari luar negeri. Memang aku tak dapat jangkakan isi kandungan surat itu atau siapa penghantarnya.

Surat pertama ku buka dan seterusnya. Semua isi kandungan surat itu mencerminkan kesedihan, perpisahan dan yang sewaktu dengan nya. Walaupun terusik hati ini tapi aku tidak lagi mengharapkan apa apa lagi dari si pengirim surat surat itu. Tapi bila ku buka surat yang terakhir, ku rasa macam nak putus jantungku. “Majlis Perkahwinan Hans Isac dengan Iylia” Rupanya dah bernikah pun dia. Dia berkahwin sewaktu aku sedang melahirkan Amirul, what a coincidence. Aku terus memujuk hatiku. Baguslah, sekurang kurangnya aku tak sangat rasa bersalah terhadapnya. Lagipun dah lebih dari setahun peristiwa ini aku tinggalkan, mungkin dia pun dah terus melupakan aku. Itu yang aku inginkan.

“Lia, jangan lupa minggu depan ada jemputan makcik timah jiran lama kita. Anak dia si Maisarah tu nak kahwin”. Mak peringatkan aku.

“Ya ke mak. Dah besar lah budak maisarah tu. Dulu teringat masa dia kecik kecik cengeng”. Aku terkenang zaman dulu

“Nasib baik minggu depan sebab kalau minggu selepasnya, lia ingat nak sambutkan birthday amirul setahun”

“kalau kau tak nak bawak budak budak, kau tinggalkan kat rumah mak mertua kau”

“taklah mak, nabilah tu da lama ngoyok nak makan nasi orang kahwin”

“hei, lia, how are, lama betul kita tak jumpa”. June, kawan sekolah lama aku, menghampiriku dan terus memeluk ku erat.

“yes, its really a long time. What you doing now” aku mulakan bicara

“Anak I dah lima, I cant afford to work, jadi full time housewife”.

“alhamdulillah. Where are your kids?”

“budak budak, dah ramai ramai gini entah mana dorang main”

Sedang kami berbual tiba tiba, seorang wanita manis menghampiri kami sambil bawa air pencuci tangan “ah lia, kenalkan my sister. Iylia”

“Ni adik you yang mana satu ni?” sambil aku hulurkan tangan untuk bersalaman

“you wont remember anyway”

Aku melirik adik June yang namanya mula bermain di benak fikiran ku sambil mata ku mencari cari kalau aku ternampak seseorang yang pernah aku kenal.

“mak, besok lia nak pergi interview kerja. Mak tolong tengokkan budak budak ya”

“kat mana kau cari kerja”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience