BAB 14

Romance Completed 6872

“Dah tanya dia tak nak” Kakak datang bersama dengan dua gelas air teh.

“abang nak gula berapa?” aku tanya dengan lembut tanda hormat.

“takpa nanti abang amik sendiri” abang hairie menyangkal.

Sekali pun dia tidak melihat ke arah aku.

“How are you kak?” aku bertanya.

“lia, kakak panggil lia ke sini nak bincangkan satu masalah. Lia tahu kakak have to go through this operation end of the month. Kakak dah bincang dengan abang hairie”, sambil matanya melirik ke arah suaminya. Abang hairie seperti tak nak dengar perbualan kami ini.

“I know I have not much time left. sekiranya kakak cannot make it, I only want you to replace my place untuk jaga Nabilah, since dia pun rapat dengan lia. Begitu juga kakak percaya pada Lia, I know you too can take care of my husband. Kami berdua sayangkan Nabilah dan kami tak nak dia rasa kehilangan bila kakak takda nanti”

Aku seperti disambar petir. Kakak seperti dah buat persiapan. Begitu cepat, keluh hatiku

“Apa kakak cakap ni, you will live insya allah. Jangan menyerah kalah kak”.

Aku seperti kehilangan kata kata. Tak tahu apa nak cakap. Abang hairie bangun untuk duduk disebelah kak Diana. Dia memeluk isterinya yang sedang bergelut dengan air mata dengan penuh kasih sayang. Terharu aku melihatnya.

“Sudah Diana, Abang will be with you throughout. You can make it. Demi anak kita, you have to be strong. Sama sama kita berdoa semoga Allah panjangkan umur dan jodoh kita sehingga ke tua seterusnya ke syurga” Abang hairie seperti sudah tidak dapat menahan sebak di dada.

“Mak dan abah dah tahu ke keputusan kakak ni?”

“Mak dan abah tak perlu tahu. Ini perjanjian kita bertiga”. Kakak bangun untuk mendapatkan ku. Aku dipeluk erat sambil terisak isak dia bersuara,

“please lia, only you can make it happen. Kakak dah tulis surat merestui lia dan abg” ….suaranya terputus putus. “Kalau pun kakak hidup, kakak dah tak macam dulu lagi. Kakak redha lia jadi madu kakak.

Aku mengusap rambut kakak dan kami menangis seperti besok kakak akan pergi meninggalkan kami. Siapa tahu aku nemangis kerana apa…….Kak Diana, Nabilah atau Hans.

“Nabilah, stop running or you’ll fall.”

Sambil berlari anak aku mengejar langkah anak kesayanganku itu. Dari jauh aku dah nampak dia terlanggar seorang lelaki dan tersungkur jatuh. Lelaki itu menolongnya untuk bangun semula.

“Din I tell you to be more careful.”

Betapa macam nak roboh jantungku bila aku berdepan dengan sebuah lembaga yang memang pasti aku kenal. Aku cepat cepat tarik tangan Nabilah dan berlalu pergi.

Sebelum berlalu aku ucapkan “I’m sorry and thank you.”

Seketika dia bersuara, “Camelia?”

Langkah ku terhenti. Ternyata dia masih mengingati ku. Aku menoleh

“Do I know you?” aku seru.

“mami, shall we go” nabilah dah mula tarik tangan aku.

“Your daughter?” aku cuma menganggukkan kepala. “Cantik macam you”.

“Nabilah, salam uncle.” Nabilah mengikut saja arahan ku.

“I….I…. minta maaf…..?” Lelaki itu cuma dapat tersenyum. Tapi disebalik senyuman itu ada tersembunyi duka yang aku nampak di matanya.

“Your husband not with you?” Aku tersentak dan terus merenung mukanya.

“Minta maaf but I really got to go. See you around”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience