BAB 21

Romance Completed 6872

“Maam, are you ready? Your time is up”. Staff nurse menolak katil ku untuk ke suatu tempat yang aku rasa semua orang yang akan melahirkan akan ke tempat itu. Aku semakin panic dan tak tahu apa yang bakal aku hadapi.

Mulut ku tak lepas dari berselawat dan bertasbih dan berdoa agar apa yang aku lalui ini dapat berjalan dengan licin tanpa sebarang masalah. Di mata dan fikiran ku sudah tak ingat apa apa lagi hanya untuk melahirkan.

Terdengar suara tangisan bayi. Aku jadi lesu dan sungguh aku tak dapat mengawal emosi ku pada waktu itu. Baru aku tahu, betapa besar pengorbanan dan jasa ibu sehingga Allah sendiri mengampunkan dosa ibu yang berjihad menerusi kelahiran. Kini aku telah bergelar ibu dan aku sendiri dapat merasakan perasaan seorang ibu bila selamat melahirkan kerana tiada lain yang diharapkan hanya kelahiran dan anak yang normal. Patutlah syurga itu terletak di telapak kaki ibu.

“Camelia, kalau awak izinkan, biar saya azankan budak ini”. Doktor bidan ku meminta izin.

Semenjak aku disahkan mengandung, Doktok Aziz begitu mengambil berat tentang kesihatan ku apalagi dia tahu yang aku ni ibu tunggal. Aku tak pernah pandang serong pada nya malah aku berterima kasih sebab dia lebih mengetahui perassan aku dalam saat saat aku perlukan sokongan terutamanya sokongan moral. Memang uncle Halim dan auntie Syida banyak membantu tapi aku sendiri rasa malu untuk mengharapkan bantuan mereka terus menerus. Mereka dah macam mak dan abah aku sendiri., begitu mengambil berat tentang aku. Cuma aku saja yang tak nak menyusahkan mereka.

“Hes’ yours”. Dr aziz serahkan bayi kecil itu di pelukan ku. Aku usap kepalanya dan aku bersyukur kerana allah telah membantu aku dalam menghadapi keadaan getir ini.

Aku namakan anak ku…….Hardy Amirul Heridzuan. Gabungan dari uncle Halim dan Auntie Syida yang masih belum mempunyai cucu walau sepupuku Ain dah lapan tahun mendirikan rumahtangga. Tapi pada aku, Amirul tu sudah cukup melambangkan pembantu dan pembimbimg. Semoga anak ku kelak akan menjadi orang yang membimbing ke jalan yang benar, jalan allah.

Nabilah” terdengar teriakan dari luar arrival hall.

Nabilah tak sabar sabar lagi berlari kearah suara itu sambil tangannya melambai lambai ke arah sekumpulan orang di luar cermin.

“mak, abah” aku bersalaman dengan mak dan abah ku. Kuserahkan Amirul ke pangkuan ibu ku. Mak hanya merenung cucunya dengan sayu dan mendakap erat budak kecil yang tak tahu apa apa itu.

Sebentar kemudian, aku terpandang ibu bapa mertua ku sedang berlari anak menuju kearah kami. Mak mertuaku terus mendakap ku tanpa berkata apa apa. “maafkan lia mak”.

Tapi ibu mertuaku tak dapat nak berkata apa apa. Hanya dia saja yang tahu apa yang sedang dirasakan saat itu. Bila diserahkan amirul ke tangannya, perasaan hibanya semakin ketara. Aku terpaksa kuatkan semangat.

“mami, why is everybody crying. Shouldn’t they be happy to see us?” nabilah mulakan kepetahannya.

“Sometimes when you are too happy, you will also cry. At times, you just cry without a reason”. Aku menerangkan.

Nabilah seperti keliru. “I’m hungry. Atok, shall we go to Mc Donalds?”

Abah dan bapa mertuaku yang berjalan seiringan tersenyum dan memimpin cucu kesayangan mereka.

“lia, waktu kau takda, ada surat surat mak amik dari postbox rumah kau mak simpan dalam kotak dalam laci almari tu” mak bersuara lepas kami habis makan malam dan sedang beristirehat.

“takpalah mak, nanti lia senang, lia tengok. Lagipun takda yang important sangat. Mak, besok lusa lia nak balik rumah”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience