BAB 7

Romance Completed 6872

“Maria, today aku tak join kau lunch. Aku ada appointment kat daerah geylang, so aku solat jumaat di Darul Aman aja. Kalau si botak tu tanya, kau pandai pandailah cover. Aku mungkin lambat sikit”.

“Yes maam, habis kalau si mat handsome tu yang tanya, aku nak cakap apa”

“kau cakap aku dah mati”.

“Tak baik kau lia, orang tu ikhlas”.

“Ok dah lah tu, kau boleh pergi jiwang dengan dia”.

Sedang aku mencari kasut aku, aku disapa orang.

"Assalamualaikum!"

Aku jawab dalam hati seruan salam tu.

"Tak jawab berdosa."

Aku mendongak dan tercegat satu makhluk yang tak asing lagi. Dia lagi, cetus hatiku.

"Mualaikum salam warahmatullah."

“You dah makan?”

“Sudah”. Aku jawab ringkas.

“You nak ke mana ni?, mari I hantarkan”

“tak pa terima kasih, I lagi selesa naik pengangkutan awam”.

“You masih marahkan I ke?” Dia bertanya sambil kami berjalan keluar dari kawasan masjid.

“Tak, seronok sekali”.

“Bagus, kalau gitu, kita pergi makan ok?”.

Tak faham faham ke, orang cakap dah makan, nak suruh orang senak senak perut ke apa.

“Sungguh I dah kenyang, lain kali saja lah”.

“You ni weird lah tapi ini yang buat you menarik tau”

aku weird, dia yang lagi tak betul, keluh hati ku.

“You nak balik office ke, I hantar you balik boleh?”

“Encik Isac, saya boleh balik sendiri, tolong jangan buat saya marah ok”

“Kenapa you tak boleh panggil I hans”.

Aku punya suka lah, kata hati ku.

“I really got to go, see you”

aku terus pergi menghilangkan diri

Ti tit ti tit. Telefon ku memberi isyarat ada sms yang diterima.

“Hai sweet lady, busy? You free tak malam besok, can we meet?”

Aku balas…..”sorry I’m busy”.

“ I’ll pick you up tomorrow. You nak I tunggu kat mana?” Balasannya.

Eh dia ni betul tak reti bahasa langsung. Agaknya kalau aku cakap india baru dia faham. Aku biarkan sms nya tanpa membalas.

“Kau tak ke mana mana hari ni lia”.

Mak buka pertanyaan.

“Tak lah mak, malas lah”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience