BAB 18

Romance Completed 6872

“I tak nak tunggu lagi lama untuk bersalaman dengan you, itu memang impian I, you terima salam i” lalu dia ketawa sinis.

“Mak, abah, ada sesuatu yang lia nak bincangkan dengan mak dan abah.” Aku memulakan perbualan pada petang itu.

“Apa yang kau nak bincangkan, kau macam serius aja.” Abah menyampuk.

“Lia pun tak tahu macam mana nak cakap. Sebelum mengahwini abang Hairie dulu, Lia ada seorang kawan, dia sukakan lia tapi belum sempat lia beritahu pada mak dan abah tentang hubungan kami, lia terpaksa menolak cintanya atas sebab sebab yang mak dan abah sedia maklum. Kami bertemu semula, entahlah mungkin takdir allah dan dia telah luahkan hasratnya…..ayat ku terhenti disitu. Tapi lia serba salah lah mak, abah..”

“Alhamdulillah, mak pun memang nak cakap dengan kau pasal ni sebab nak menjanda lama lama pun tak elok”.

“Tapi mak!” aku mencelah.

“Nak tapi apa lagi, kalau itu yang terbaik untuk kita semua”, ayah bersuara.

“Walau apa pun, kau kena berterus terang dengan keluarga arwahnya. Sekurang kurangnya untuk mendapatkan restu mereka jangan sampai mereka ingat kita ketepikan mereka pulak. Memang kau dah takda apa apa lagi hubungan dengan mereka, tapi Nabilah tetap darah daging mereka”. Mak menyarankan. Aku cuma mengangguk lesu.

“Assalamualaikum” aku beri salam bila sampai di depan pintu.

“Wualaikum salam, ehhhh cucu atuk datang”. Aku bersalaman dengan bapa mertuaku dan menyuruh Nabilah juga bersalam.

“Jah, tengok ni siapa datang”. Bapa mertuaku teriak memanggil isterinya.

“Alah cucu nenek, rindunya nenek. Mari sayang nenek peluk sikit”.

Nabilah tak berapa selesa dengan keluarga papanya. Mungkin kerana mereka bertutur dalam bahasa yang dia tak mengerti. Inilah masalahnya.

“Mak apa khabar” aku bertanya.

“Begini lah lia, sibuk dengan jualan. Kau apa khabar, sihat” Aku cuma tersenyum sambil mengangguk.

“Makan malam sini ya, mak masak nanti kita makan bersama. Nanti mak amikkan air, tentu cucu nenek haus ya sayang.”

“Takpa mak jangan susah susah, lia boleh amik sendiri, bukan tak biasa.”

Aku ikut ibu mertua ku ke dapur. Selepas solat maghrib berjamaah, kami duduk bersembang. Nabilah dah tertidur, penat bermain siang tadi dilayani oleh atuknya. Mak mertuaku lantas bersuara, “mak cakap kau jagan marah, tapi kau tak nak kahwin lagi ke. Kau masih muda dan perjalanan hidup kau masih jauh lagi”

Aku jadi serba salah.

“Ya lia, kalau Nabilah tu ada papa lain sikit. Orang pun tak pandang serong pada kau” bapa mertuaku menyampuk.

“Ini lah yang lia nak tanyakan tentang pendapat mak dan ayah. Lia tak nak buat keputusan yang terburu buru”.

“Mak dan ayah kau ni boleh jaga Nabilah, kau jangan risaukan tentang itu. Dia tu pun kan cucu kami jugak”

“Apa yang lia buat ni mak bukan untuk diri lia sendiri tapi untuk Nabilah semata-mata. Nabilah dah jadi sebahagian dari hidup lia mak. Lia dah berjanji dengan kak Diana dan abang Hairie akan bela nasib Nabilah walau apa pun terjadi. Lia bukan apa tapi Lia tak tahu apa nak cakap setiap kali bila dia tanyakan papanya yang pergi belayar tak balik balik.” Aku menjelaskan.

“Kau dah ada pilihan?” ibu mertuaku bersuara.

“Kami berkawan memang dah lama tapi lia tak sanggup hampakan permintaan kak Diana, lantas lia tinggalkan dia tanpa sebarang pesan, lia ingat biar dia membenci lia, lebih senang begitu.” Aku mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience