BAB 3

Romance Completed 6872

“Kau nak tunggu apa lagi, kau nak cari budak yang macam mana lagi. Budak khairul tu dah baik dah. Mak dah lama kenal dia. Mak bapak dia pun dah kenal denagn mak dan abah. Kau bukan muda lagi tau, dah 28 tahun dah. Tak baik membujang lama lama, kau nak jadi kawan syaitan? Kita orang pompan ni, tak bolehlah memilih sangat, asal budak tu baik tingkah laku, taat pada ugama dan bertanggungjawab, mak suka benar dengan budak khairul tu. Nanti mak dan abah dah mati, siapa nak urus dan jaga kau”. Mak selalu membebel.

“Apa lah mak ni, Khairul tu kan kawan dari sekolah dulu. Kita dah macam best friend. Orang tak ada perasaan istimewa kat dia. Dia pun tahu orang sukakan dia hanya sebagai kawan aja”.

Itulah saja modal aku setiap kali diudarakan soalan tentang hubungan aku dengan khairul. Memang selepas pengajian di universtiy dulu, khairul pernah menyuarakan hasrat hati nya. Aku terkejut. Aku tak pernah ingat yang kebaikan aku dengan dia disalah anggapkan. Tapi Khairul understanding orangnya.

“Well, good couple doesn’t have to end up in marriage”. Pada satu ketika dia mencelah.

“Ahhh, tahu pun you. Kalau I kahwin dengan you, tapi kita tak sefahaman dan perkahwinan kita tak kekal, mana yang you suka, kita terus berkawan atau kita tak geng terus”. Aku menyangkal.

“You kalau cakap memang pandai, takda orang boleh menang. I pun tak nak kahwin dengan you, nanti I kena queen control. Dengan perangai you yang kepala batu dan perfectionist ni, akibat hari hari I makan kat rumah mak i. Baik I jangan kahwin”. Tapi setelah 6 bulan lepas khairul bernikah dengan gadis pilihannya, barulah mak aku senyap sikit.

Mata pun dah mengantuk, rumah pun sunyi sepi, baik aku masuk tidur. Baru rasa nak terlayang, telefon bimbit ku berdering.

“Yes, lia speaking”. Berderau sekejap jantung aku dan terus terduduk.

“Oh, hi, well, no, I am still awake, and in fact am watching tv”.

Aku cuba sembunyikan suara selamba ku. Ku lirik mata ke jam dinding, dah pukul 12. Terdengar suara di hujung talian.

“Sorry lia, I cant call you earlier as I am stuck in a whole day meeting. I am still out entertaining those guys. How I envy you. Tell you what, meet me for lunch tomorrow at Steakhouse and we can discuss the necessary. Good nite and see you tomorrow”.

Belum sempat aku berkata apa apa, talian telah pun diputuskan. Macam dia tahu aja apa aku nak bincangkan. Aku merengus dan tanpa kusedar, jam pun dah berbunyi. Seperti biasa, selepas solat, aku tak terus siap, aku lagi baring baring di katil sambil baca suratkhabar. Pagi ni aku sarapan kat office aja. Sampai di office, maria yang semalam beriya riya benar nak ke gym sugul aja. Aku tak berani nak menyapanya. Mesti ada problem dengan syed. Hai nasib baik aku ni masih single, kalau tak, mana nak settle kerja, mana nak settle keluarga, mana nak settle boyfriend. Aku terus ke tempat duduk ku.

“Lia telefon untuk kau”. Maria tak cakap apa apa lantas terus sambungkan talian.

“Ms Camelia, Hi, I’m calling from Mr Isacs office, your appointment with Mr Isac this afternoon at 12.30 at the steakhouse is confirmed”. Aku dengan segera membelek diary.

“Fine, Its fixed then.”

Panasnya cuaca hari ini. Budak office takda pulak yang nak keluar kalau tak boleh aku tumpang. Di perhentian teksi ramai orang yang menunggu teksi, aku pun join sekaki. Ingat sedap sikit naik teksi. Teksi nya takda, yang tunggu semakin ramai. Aku pun belah. Masih ada time, aku window shoppinglah sekejap di perkarangan Raffles place. Sedar tak sedar, dah 12.15. kelam bakut aku dibuatnya. Aku tak nak buang masa tunggu teksi, aku naik mrt. Aku sampai genap pukul 12.55. Alamak matilah aku, mesti kena hamput punya. Penyambut tamu menyambutku dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience