BAB 13

Romance Completed 6872

Apa yang dia merepek ni. Aku jadi serba salah. Perasaan suka tu memang dah timbul tapi kalau pasal kahwin ni, rasanya aku belum ready lagi. Lagipun aku baru saja mengenalinya. Latar belakangnya pun belum aku kenali.

“Apa you merepek ni”.

“Camelia, satu saja I minta. Walau apa sekalipun jawapan you, I akan menghormatinya. But please, tell me that you never liked me? Kalau jawapan you tak seperti yang i harapkan, I will be happy just to know that you ever liked me”.

“Give me some time to think it over, this is too soon for me. I harap you faham.”

“take all the time that you need, I wont force you. Mak bapak I pun I dah inform, bila saja you kata yes, they will come over to ask for your hand in marriage”.

“Kita balik ya, rasa macam tak sedap badan”. Aku mendesak.

“you ok, nak pergi jumpa doctor tak, I hantarkan.”

“Nope, thanks, I am fine”.

Makanan yang telah dihidang sedari tadi tidak langsung kami jamah.

“bill please” dia memanggil waiter.

“Pack this up for us please” aku menyuruh pelayan itu.

Hans pandang aku dengan tanda tanya

“Yes maam.” Jawabnya.

“Tak baik buang rezeki, you bawak balik satu, I bawak balik satu ok”.

Dia tersenyum dan mengngguk dengan longlai. Sebelum kami berpisah, aku sempat memberitahu Hans.

“ You jangan cari I beberapa waktu ni, I need peaceful time on my own”. Dia mengeluh

“if that’s what you want, I cannot say no can I?”

Beberapa tapak aku berjalan, dia memanggil namaku. Bila ku menoleh, dia sedang keluar dari kereta

“Lia maafkan I, I bukan nak beri you pressure tapi I harap cinta I pada you bukan setakat cinta yang dihantui oleh nafsu semata mata. Cinta I pada you ikhlas, ia hadir dari anugerah ilahi, I harap tuhan merestui cinta murni kita.”

“Good nite Hans”. Aku terus berjalan meninggalkan dia.

Ting tong.

“Eh kak, Nabilah mana?” Aku terus bertanyakan tentang anak saudaraku.

“Kakak taruk dia kat rumah mak tadi dengan yati. Dia baru call, nak tidur rumah nenek katanya”. Takpalah, lagi senang nak cakap kalau dia takda.

“Abang hairie mana” aku bertanya.

“kat bilik, kami baru habis solat isyak”

“kau dah makan, nak solat dulu” kakak mencelah.

“taklah kak, tadi had heavy lunch. Balik nanti boleh solatlah”

Pintu bilik dibuka, Aku menyapa abang ipar ku. Abang hairie memang peramah orangnya. Cuma kebelakangan ini, dia nampak pendiam dan tak seceria dulu. Aku tak pernah bertanya, takut orang cakap aku kepo pulak.

“Dari mana”. Dia tanya.

“dari office, terus ke sini” aku menjawab.

“Diana, tak siapkan lia makan” abg hairie memanggil kakak yang berada di dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience