BAB 15

Romance Completed 6872

Aku kelam kabut menghilangkan diri. Nabilah tertidur sewaktu dalam perjalanan pulang kami di dalam teksi. Aku tiba tiba saja dibuai oleh perasaan silam.

“Aku ambil unpaid leave satu ke dua tahun. Aku nak kahwin”. Terperanjat Maria bila aku beritahu tentang berita perkahwinan ku itu. Kalau siapa siapa tanya tentang aku, katakan aku dah tak kerja di sini lagi”.

Itulah keputusan yang aku ambil setelah kematian kakak yang tak dapat diselamatkan. Rupanya kakak bukan saja menghidapi barah pangkal rahim, banyak lagi complication yang dihadapinya. Sungguh tak sampai hati aku melihat Nabilah yang memanggil manggil nama mamanya,

“ma wake up ma, Pa, why didnt mama wake up. She had been sleeping for so long.”

Aku tarik Nabilah sewaktu kakak sedang dirahap. Tak dapat tertahan hati dan perasaan aku. Mak aku sudah macam nak pengsan.

“Nabilah, mama is going to see Allah. You shouldn’t cry and should pray for her. Be a good girl now.” Aku memujuknya.

“Kau nak kahwin dengan siapa?” tanya Maria masih dalam keadaan terperanjat.

“Aku terduduk dengan soalan itu. “Dengan Hairie, abang ipar aku”.

“Huh, kau…”

“Aku tiada pilihan dan ini janji aku pada Diana dan aku harus tepatinya. Maria, engkau saja kawan aku yang tahu lebih dari kawan kawan aku yang lain. Aku mintak tolong pada kau. Kau tolong jangan beritahu apa apa pada Hans sekiranya dia telefon dan tanya pasal aku”. Aku bermohon padanya. “Lia, aku….” Thanks Maria, you had been a good friend all this while. I will keep in touch with you.” Kami saling berpelukan.

“Lia, lia tak payah hantar abang ke airport nanti. Abang boleh pergi sendiri. Nabilah mana?” Tanya suamiku.

“Nabilah kat rumah mak. Since abang takda sebulan ni, lia tidur rumah mak ya bang” Aku minta izin dari suami yang baru sebulan aku nikahi.

“That’s fine. Nanti kita keluar bersama, abang hantar lia ke rumah mak dulu. Nak tengok Nabilah sebelum pergi”. Aku cuma tersenyum.

Selepas selesai solat zohor, seperti biasa aku mencium tangan suamiku. Dia mencium dahi ku.

“Lia, abang minta maaf kerana telah banyak menyusahkan lia”.

“Ini kan dah tanggungjawab lia sebagai isteri, lia happy with the situation now as it is.”

“Abang telah menghancurkan kebahagiaan lia, tapi demi Nabilah yang Diana dan abang sayang sangat…..”. Suaranya mula tersekat.

“Abang lia tak menyesal dengan keputusan lia. Lia bahagia bersama abang, believe me. Tak payah abang nak sorry sorry. Lia masak special untuk abang, lauk kegemaran abang, mari kita makan”.

Abang hairie banyak berdiam di meja makan. Aku naik risau pulak.

“Bang kenapa, abang sakit ke.”

“Takda apa apa cuma rasa macam taksedap sikit aja.”

“Lia amikkan panadol.” Aku terus menuju ke dapur. “Abang rest dulu, nanti nak masuk waktu asar lia kejutkan ok.”

“Papa.” Teriak Nabilah bila saja dia melihat kelibat papanya.

Mak dan abah ku cuma tersenyum melihat keletah cucu kesayangan kami semua.

“Nabilah, papa is now going. Nabilah must be a good girl and listen to mami and dun be naughty ok” Suamiku mencium Nabilah dan anak manjanya cuma menganggukkan kepalanya saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience