Chapter 14

Fanfiction - KPOP Completed 1553

Beberapa bulan kemudian..
Sung Jin masih lagi ditempatkan di hospital kerana luka pembedahannya masih lagi tidak sembuh.Mungkin lagi sebulan,dia dah boleh keluar daripada hospital.
"Hi,Sung Jin!"Kedengaran suara Seong Woo menyapa Sung Jin yang masih terbaring diatas katil hospital. "Hi,ada apa awak datang ni?"soal Sung Jin dingin.
"Sebenarnya..saya ada hadiah untuk awak!"kata Seong Woo.Sung Jin berasa hairan.Hari ini bukannya hari jadi dia pun!
"Hadiah apa?Bukan ke sepatutnya awak sibuk dengan lagu awak yang baru?"soal Sung Jin lagi.Dia mengetahui kumpulan Seong Woo iaitu Wanna One telah mengeluarkan lagu baru bertajuk 'Beautiful'.
Lagu itu telah didengari oleh Sung Jin.Dia menangis apabila dia mengetahui maksud lirik lagu itu dan menghayatinya.
Entah kenapa,hatinya terasa sakit.Lagi-lagi,bila bahagian Seong Woo menyanyi,air matanya mengalir lebih deras.
"Tadaa!Hadiah untuk awak!"Sung Jin bagaikan tidak percaya!Semua ahli Wanna One berada di hadapannya sambil tersenyum.This is dream come true!!
"Seong Woo,awak ke yang suruh semua ahli Wanna One datang?"soal Sung Jin teruja. "Ya,jadual kami tidak berapa sibuk hari ni.Jadi,kami datang melawat awak."
jelas Seong Woo.
"Hi,Sung Jin noona.Banyak yang kami dengar tentang awak."kata Jin Young. "Haah!Seong Woo memang banyak bercerita tentang awak!"ucap Sung Woon pula.
"Ye ke?"Sung Jin lebih tidak percaya bahawa Seong Woo banyak bercerita tentangnya kepada ahli-ahli Wanna One.
"Ya,Pagi,tengah hari,petang dan malam Seong Woo hyung bercerita pasal noona!"kata Daniel sambil tersenyum memandang Seong Woo.
"Kalau boleh,sepanjang hari dia bercerita pasal awak!"Ji Sung menyampuk dan memberitahu tentang Seong Woo.Lelaki itu berasa malu.
"Tak payahlah cakap kat Sung Jin.."ucap Seong Woo perlahan membuatkan yang lain ketawa besar.Sung Jin tersenyum-senyum.Haihh..cair hati dia disebabkan Seong Woo ni.
Selepas beberapa jam,semua ahli Wanna One termasuk Seong Woo mengucapkan selamat tinggal dan beredar pergi.
Sung Jin rasa hari ini ialah hari yang terbaik untuknya!Tiba-tiba,satu pesanan ringkas masuk kedalam telefon bimbitnya.
"I Love You"
Okey,ni memang hari yang terbaik!Memang pasti!Sung Jin tersenyum lebar membaca pesanan ringkas daripada Seong Woo berkali-kali.
Dulu,dia kata dia dah serik.Sekarang,mungkin dia boleh buka hatinya untuk Seong Woo buat sekali lagi.Cuma sekali ni je.
Dia juga ingin bahagia macam orang lain.Takkanlah dia tak nak berkahwin sampai akhir hayat.Lagipun,dia memang cintakan Seong Woo..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience