Chapter 4

Fanfiction - KPOP Completed 1553

"Sung Jin!"Puan Sol Bi menjerit memanggil Sung Jin yang sedang lena tidur di dalam bilik tidurnya.
Sung Jin mencelikkan matanya.Dia menjeling jam loceng diatas meja.Pukul 8:30 pagi..hah?!
Wanita itu segera mengambil tuala dan berlari masuk kedalam bilik air.Aduhh..boleh pulak dia bangun lambat hari ni?
Selepas lima minit,dia melangkah keluar dan memakai sehelai blaus berwarna merah jambu dan seluar jeans berwarna biru muda.
Rambutnya dibiarkan lepas.Dia menuruni tangga dan terlihat Puan Sol Bi sedang bercekak pinggang menunggunya.
"Mianhei Omma..semalam saya tidur lambat.."ucap Sung Jin lalu membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah.
"Tak apalah,cepat sikit!Mi Ran Ahjumma datang lagi hari ni!"Sung Jin berasa hairan.Berapa banyak kali Puan Mi Ran nak datang?
Bunyi loceng kedengaran.Sung Jin segera membuka pintu rumah dan terlihat Puan Mi Ran dan Seong Woo.
"Hi,Ahjumma.."sapa Sung Jin dan menjemput mereka masuk.Seong Woo tersenyum melihat Sung Jin.Comel!
"Sol Bi!Saya nak ajak awak jalan-jalan!"Puan Mi Ran menarik tangan Puan Sol Bi dan mendudukkan wanita itu.
"Wah,dah lama saya tak berjalan-jalan.Tapi,macam mana dengan Seong Woo dan Sung Jin?"balas Puan Sol Bi.
"Biarlah mereka berjalan-jalan bersama!Boleh kan,Seong Woo?"Puan Mi Ran memandang Seong Woo yang terkejut. "Hmm..okeylah."balas Seong Woo perlahan.
"Sung Jin,jalan-jalanlah dengan Seong Woo.Omma dan Mi Ran Ahjumma nak jalan-jalan.Bye!"Puan Sol Bi dan Puan Mi Ran segera melangkah keluar daripada rumah.
'Patutlah Omma siap cantik hari ni!Dah rancang rupanya!'bisik hati Sung Jin.Dia tahu Puan Sol Bi dan Puan Mi Ran merancang untuk memastikan dia meluangkan masa dengan Seong Woo.
Tetapi,entah kenapa..dia rasa gembira dan setuju dengan rancangan Puan Sol Bi dalam diam.Aikk..dia dah jatuh cinta ke?
Sung Jin dan Seong Woo hanya diam berdiri tegak.Masing-masing tak tahu nak cakap apa.Tiada topik yang boleh dibincangkan.
"Awak,nak pergi mana ni?"soal Sung Jin. "Hmm,entahlah.Ikut suka hati awaklah."balas Seong Woo tidak memandang wajah Sung Jin.
Sebenarnya,dia malu..Sung Jin kelihatan sangat cantik hari ini.
"Jom pergi taman berdekatan dengan rumah saya ni.Dah lama tak pergi situ!"Sung Jin menarik tangan Seong Woo dan mereka berjalan kearah sebuah taman permainan berdekatan dengan rumah Puan Sol Bi.
"Awak,nak main sama-sama dengan saya tak?"soal Sung Jin. "Bolehlah!"Mereka berseronok bermain pelbagai permainan di situ.Rasa macam kanak-kanak semula.
"Wah,aiskrim!"jerit Sung Jin teruja apabila terlihat terdapat seorang lelaki tua menjual aiskrim di tepi jalan. "Alaa..tak bawak duitlah.."keluh Sung Jin.
"Tak apa,saya belanja awak!"kata Seong Woo lalu mengeluarkan dompetnya. "Betul ke?Saya nak aiskrim vanilla!"pesan Sung Jin.Seong Woo beredar pergi dan kembali bersama dua aiskrim dalam cawan.
"Awak makan aiskrim apa?"soal Sung Jin ingin tahu. "Saya makan aiskrim coklat.Sedap!"balas Seong Woo gembira.
Sung Jin tersenyum ceria.Kacaklah Seong Woo ni kalau senyum!
"Ehh..awak makan aiskrim comot!Sini,saya lapkan!"Seong Woo mengelap kesan aiskrim di tepi mulut Sung Jin menggunakan ibu jarinya.Sung Jin terkaku.Apa lelaki ni..buat..?
Seong Woo juga baru tersedar.Dia segera melarikan tangannya.Suasana menjadi sunyi seketika.Jantung mereka berdua berdegup kencang.
"Awak,saya balik dululah!Bye.."Sung Jin berlari pulang ke rumah meninggalkan Seong Woo seorang diri.
"Eee,gementarnya aku!Apa yang Seong Woo buat tadi tu?Buat jantung aku berdebar!"kata Sung Jin seorang diri.Dia tak boleh menafikan,dia mula jatuh cinta kepada Seong Woo.
"Aku baru kenal dia!Kenapa aku lap kesan aiskrim kat tepi mulut dia?Kenapa jantung aku berdebar-debar ni?"soal Seong Woo kepada diri sendiri.Dia dah mula jatuh cinta kepada Sung Jin.
Dua-dua jatuh cinta kat sesama sendiri tetapi masih tak yakin.Macam mana ni..?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience