Chapter 13

Fanfiction - KPOP Completed 1553

Keesokan harinya..
Telefon pintar Sung Jin berbunyi.Dia segera menjawab panggilan itu apabila menyedari Puan Sol Bi yang menelefonnya.
"Hi,Sung Jin!"
"Hi,Omma.Kenapa telefon saya ni?"
"Omma nak beritahu sesuatu.
Perkahwinan Seong Woo dibatalkan!"
"Omma,biar betul?"
Sung Jin terkejut.Dia ingat Seong Woo bergurau je semalam.
"Betul.Mi Ran Ahjumma kata Ai Lee yang batalkan perkahwinan tu.Dia akan berkahwin dengan lelaki lain."
"Mi Ran Ahjumma mesti sedih kan?Ye lah,bakal menantunya yang cantik tu dah batalkan perkahwinan."
"Mana ada.Mi Ran Ahjumma rasa gembira sangat tau!"
"Kenapa pulak?"
"Dia nak Seong Woo berkahwin dengan kamu!"
"Hah?Omma jangan main-main!"
"Betullah!Omma tak tipu!"
"Sung Jin pernah menghidap kanser otak.Sung Jin tak layak untuk Seong Woo yang serba-serbi sempurna tu."
"Laa..kenapa kamu drama sangat ni?"
"Tak ada apa-apalah..Bye,Omma.Nanti kita bercakap lagi."
"Bye!"
Sung Jin menamatkan panggilan itu.Dia yakin Seong Woo akan tiba di bilik wadnya dalam tempoh masa sepuluh saat lagi.
Sepuluh..sembilan..lapan..tujuh..enam.. lima..empat..tiga..dua..satu..
Dan Seong Woo muncul bersama sejambak bunga mawar berwarna merah,bunga kegemaran Sung Jin.
'Dah agak dah..'kata hati Sung Jin. "Hi,Sung Jin!Awak tunggu saya ke?"sapa Seong Woo mesra. "Eee..tak ada hati saya nak tunggu awak!"balas Sung Jin menyampah.
"Awak dah tahu majlis perkahwinan saya dibatalkan?"soal Seong Woo. "Dah."balas Sung Jin ringkas. "Dan awak tahu saya boleh pikat awak?"
"Tak tahu."Jawapan Sung Jin membuatkan Seong Woo ketawa geli hati. "Kenapa awak ni?Tiba-tiba ketawa!"marah Sung Jin. "Taklah,jawapan awak tu lawak!"beritahu Seong Woo.
"Ooh..lawak eh?Saya merajuklah macam ni!"Sung Jin berpeluk tubuh sambil memandang Seong Woo yang masih lagi ketawa. "Alalala..janganlah merajuk!"pujuk Seong Woo lembut.
"Tak payah pujuk saya!Saya merajuk!"Sung Jin menoleh memandang kearah lain. "Saya belanja awak aiskrim cookies and cream!Nak tak?"Seong Woo mengumpan Sung Jin dengan aiskrim kegemaran wanita itu.
"Nak nak!"Sung Jin segera membalas apabila terdengar perkataan 'aiskrim cookies and cream'.Sedapnya!
"Berhenti merajuk.Baru saya beli aiskrim tu untuk awak!" "Yelah..cepat belikan aiskrim tu untuk saya!"Sung Jin menolak Seong Woo keluar dari bilik wad itu dan mengarahkannya membeli aiskrim.
"Apalah!Nak suruh-suruh orang pulak!"rungut Seong Woo perlahan tetapi boleh didengari oleh Sung Jin.Wanita itu cuma tersenyum.
Seong Woo gembira melihat senyuman Sung Jin.Ia bagaikan perkara yang paling indah dalam hidupnya.Kalau boleh,dia akan sentiasa memastikan Sung Jin tersenyum walaupun dirinya sendiri menderita.
Kerana..senyuman Sung Jin ialah kegembiraan buatnya.Sung Jin senyum,dia yang akan rasa gembira.Inilah penangan cinta agaknya..?
Seong Woo melangkah pergi dan kembali dengan dua cawan aiskrim berperisa cookies and cream.Sung Jin pantas mencapai cawan aiskrim itu dan menikmatinya.
"Eem..sedapnya!Thank you belikan aiskrim ni!"ucap Sung Jin dan tersenyum kepada Seong Woo.
"Sama-sama.Saya rasa kan,mesti awak dah terpikat dengan saya!Sebab awak banyak senyum kat saya!"kata Seong Woo membuatkan Sung Jin tersedak.
"Awak ni kan!Saya anggap awak kawan baik saya jelah!Mana ada saya terpikat dengan awak!"nafi Sung Jin.
Padahal hatinya dah cair dengan layanan mesra Seong Woo terhadapnya.
Tetapi,hatinya tiba-tiba menjadi beku apabila teringat perkahwinan tidak jadi Seong Woo tu.
Baru dia tahu,rupa-rupanya Ai Lee tu ex-girlfriend Seong Woo tetapi mereka berpisah sebab Ai Lee ditunangkan dengan lelaki lain.
"Alaa..mengaku je lah!Tak payah sembunyikan daripada saya!"Seong Woo tersengih-sengih sambil memandang wajah Sung Jin yang sudah kemerah-merahan.
"Sila berharap jelah,Encik Ong Seong Woo.." "Baiklah,Cik Lee Sung Jin.."balas Seong Woo.Adoii..pening kepala layan Seong Woo ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience