Chapter 15

Fanfiction - KPOP Completed 1553

"Yeay!Dah boleh keluar hospital!"Sung Jin berasa gembira apabila Doktor Kim memberitahu dia bahawa dia boleh pulang ke rumah semula.
Sung Jin sedang mengemas barang-barangnya apabila Seong Woo tiba-tiba melangkah masuk kedalam bilik wadnya.
"Mari saya tolong awak angkat barang-barang ni!"Seong Woo mengangkat barang-barang Sung Jin dan meletakkannya didalam bonet kereta miliknya.
Sung Jin hanya memandang tingkah laku Seong Woo.Dia rasa terharu kerana lelaki itu banyak berkorban untuknya.Dia didudukkan didalam kereta dan kereta itu dipandu laju oleh Seong Woo diatas jalan raya.
Sung Jin masih lagi kelihatan cantik walaupun hanya memakai blaus berwarna merah dan seluar jeans berwarna hitam.'Trench coat'berwarna hitam juga disarung oleh wanita itu.
"Seong Woo,kita nak pergi mana ni?"soal Sung Jin hairan apabila dia menyedari Seong Woo bukan memandu pulang ke rumahnya. "Kita balik Busan.Sol Bi Ahjumma teringin nak jumpa awak."
Sung Jin mengangguk.Dia pun rindukan Ommanya juga.Dah lama tak jumpa Ommanya itu..
Selepas beberapa jam,mereka tiba di Busan.Tetapi,Seong Woo memandu ke taman permainan yang berdekatan dengan rumah Puan Sol Bi membuatkan Sung Jin berasa hairan.
Seong Woo menarik tangan Sung Jin keluar dari kereta dan menyuruh wanita itu berdiri tegak di tengah-tengah taman permainan itu.
"Seong Woo,awak nak buat apa ni?"soal Sung Jin.Seong Woo tiba-tiba melutut dan menghulurkan sebentuk cincin emas bertakhtakan sebutir permata berwarna ungu.
"Sung Jin,will you marry me?"soal Seong Woo gementar.Sung Jin menekup mulutnya menggunakan kedua belah tangannya.
"Seong Woo.."panggil Sung Jin dan menyuruh lelaki itu bangun. "Awak..tak terima lamaran saya lah ni?"Seong Woo kecewa.Hatinya retak seribu.
"I say yes!!"jerit Sung Jin lalu memeluk Seong Woo erat.Lelaki itu melepaskan pelukan itu dan menyarungkan cincin itu di jari manis Sung Jin.Mereka berpandangan buat seketika.
Seong Woo mengucup dahi Sung Jin lembut. "I will love you forever.I will love you till the end of my life.."ucap Seong Woo lembut.
Akhirnya,kebahagiaan itu milik mereka..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience