Chapter 2

Fanfiction - KPOP Completed 1553

Sung Jin sedang memasak sarapan di dapur.Kelibat Kylie tidak kelihatan dimana-mana.Kylie dan Sung Jin tinggal serumah kerana Kylie tidak mempunyai rumah sendiri.
"Kylie!Turun makan lah!"jerit Sung Jin sambil menghidangkan makanan.Kylie turun dalam keadaan mamai dan segera duduk diatas kerusi.
"Kau masak apa?"soal Kylie. "Masak 'mushroom soup'.Aku tahu kau mengidam nak makan."balas Sung Jin. "Wow,thank you my friend!"Dah terkeluar loghat English Kylie.
"Welcome."ucap Sung Jin ringkas dan mereka menikmati sarapan yang disediakan.Memang sedap!
Petangnya...
Sung Jin berjalan-jalan di shopping complex seorang diri.Kylie pula keluar ber'dating' dengan teman lelakinya,Michael.
Wanita itu berasa cemburu setiap kali terlihat pasangan kekasih mahupun suami isteri yang gembira bergelak ketawa dan bahagia bersama.
Dia dah berumur 24 tahun tetapi masih tiada teman lelaki.Jauh sekali ada calon suami.Hidupnya hanya kepada kerja,kerja dan kerja!
Sung Jin singgah ke sebuah restoran dan memesan Lamb Chop dan Chocolate Milkshake.Dia menikmati makanan yang dipesan olehnya dengan senang hati.
Tiba-tiba,telefonnya berdering menandakan terdapat seseorang menelefonnya. "Alamak!Suga pulak yang telefon!"keluh Sung Jin.Sebenarnya,dia menunggu panggilan daripada Kylie.
"Sung Jin,kau kat mana ni?"
"Dalam toilet main telefon."
"Hahaha,lawak!Aku nampaklah kau tengah makan."
"Kalau kau dah nampak,asal kau tanya?"
"Saja-saja.Aku tahu kau akan rasa menyampah."
"Whatever..Kau kat mana?"
"Kat butik seberang restoran yang kau tengah makan tu."
Sung Jin memusingkan badannya kebelakang dan ternampak Suga sedang melambai kepadanya.
"Kau jangan gerak dari butik tu ya!Kalau ta.."
Suga segera menamatkan panggilan itu dan berlari kearah Sung Jin. "Kurang asam kau,Suga!"marah Sung Jin lalu memukul bahu rakan baiknya itu.
"Aku tak makan asam.Sebab tu aku kurang asam!"Suga mengusik Sung Jin lagi.Wajah wanita itu kemerah-merahan. "Yaa!!"Sung Jin memarahi Suga yang mentertawakannya.
"Okey,aku mintak maaf.."ucap Suga apabila melihat Sung Jin memuncungkan bibirnya. "Yelah.."Sung Jin malas hendak bergaduh dengan Suga yang sedikit tidak betul.
"Tapi,kau kena mintak maaf dengan aku!Kau pukul aku tadi!"kata Suga. "Fine,sorry.."ucap Sung Jin tidak ikhlas. "Hmm..aku tak nak maafkan kau!"
"Apa yang aku perlu lakukan supaya kau maafkan aku?"soal Sung Jin. "Kahwin dengan aku."balas Suga nakal.
"What?Kau ingat aku ni main-main?"marah Sung Jin.Dia berasa kurang selesa dengan jawapan Suga. "Kau rasa aku main-main ke?"kata Suga serius.
"Suga,aku tak cintakan kau.Kau je yang bertepuk sebelah tangan.Aku rasa aku suka orang lain.."kata Sung Jin.Dia teringat wajah Ong Seong Woo yang dilihat beberapa hari yang lepas.
Sung Jin berasa hairan.Adakah dia dah angau?Tak mungkinlah! "Aku tahu kau suka aku jugak!Kylie yang cakap kat aku!"Sung Jin rasa macam nak sumpah Kylie jadi katak.Ada ke patut dia cerita kat Suga?
"Itu dulu!"balas Sung Jin marah. "Dulu tetap sama macan sekarang!"Suga memandang Sung Jin garang.Kenapa susah sangat Sung Jin nak terima dia?
Dia ialah salah seorang ahli kumpulan BTS yang terkenal dan diminati ramai.Dia juga kacak,kaya,pandai dan romantik.
Ramai perempuan yang mahukan dia.
Tapi,kenapa susah sangat dia nak memenangi hati seorang wanita bernama Sung Jin?Wanita itu langsung tidak tertarik akan dirinya.
"Tak samalah!"Sung Jin memalingkan wajahnya.Dia tidak ingin melihat wajah Suga. "Siapa yang kau suka tu?Apa lebihnya dia dengan aku?"soal Suga.Perasaannya bercampur-baur.
"Aku suka Ong Seong Woo!Bagi aku,dia tu lebih sempurna berbanding kau!"balas Sung Jin lalu dia mengeluh panjang.Habislah dia..
"Ong Seong Woo Wanna One ke?Kau tak pernah jumpa dia tapi kau suka dia?Peliknya!"ejek Suga. "Suka hati akulah!None of your business!"Sung Jin melangkah pergi meninggalkan Suga terkebil-kebil sendirian.
"Aku dah mula suka kat Ong Seong Woo..Macam mana ni?"bisik Sung Jin kepada dirinya sendiri.
Sung Jin pening apabila Suga menghubunginya banyak kali.Dia mematikan telefonnya dan membalingnya keatas sofa.
"Huhh..teruklah Kylie tu pergi bagitahu Suga..macam mana ni?"soal Sung Jin kepada dirinya sendiri.Akhirnya,wanita itu tertidur kepenatan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience