Chapter 11

Fanfiction - KPOP Completed 1553

Sung Jin membuka matanya.Kat mana dia..?Dia melihat sekelilingnya berwarna putih.Ohh,dia berada di hospital!
"Sung Jin.."Wanita itu menoleh dan terlihat Puan Sol Bi dibelakangnya. "Omma!"panggil Sung Jin membuatkan Puan Sol Bi terkejut.
"Kamu dah sedar?"Sung Jin hanya mengangguk. "Kat mana Seong Woo,Omma?"soal Sung Jin ingin tahu.Dia rindu nak lihat wajah Seong Woo..
"Dia sedang sibuk dengan persiapan majlis perkahwinannya."Ayat yang keluar daripada mulut Puan Sol Bi bagaikan pisau yang menghiris hatinya.
"Apa?"Sung Jin tidak mempercayai apa yang dikata oleh Puan Sol Bi.Takkanlah Seong Woo nak kahwin! "Seong Woo akan berkahwin minggu depan."beritahu Puan Sol Bi lagi.
"Dengan siapa?"soal Sung Jin lagi. "Mi Ran Ahjumma beritahu nama dia Park Ai Lee.Cantik juga orangnya!"Sung Jin rasa air matanya akan mengalir jika tidak ditahan.
"Kenapa kamu nampak tak gembira?Kawan baik kamu tu nak berkahwin!"ucap Puan Sol Bi apabila terlihat wajah Sung Jin yang murung.
"Saya gembiralah ni!Omma,saya nak tidur ya."Sung Jin membelakangi Puan Sol Bi dan pura-pura tidur.
"Okeylah,Omma balik dulu.Bye!"Puan Sol Bi melangkah pergi meninggalkan Sung Jin.Wanita itu menangis teresak-esak.Hatinya rasa sakit.Sakit yang amat.
Dia tidak berjaya memikat hati Seong Woo.Dia cuma bertepuk sebelah tangan.Kenapalah dia boleh jatuh cinta dengan Seong Woo?Ramai lagi wanita diluar sana yang layak dengan lelaki itu!
Tetapi,dia cintakan Seong Woo.Dia cintakan lelaki itu!Siapalah dia kan..hanya seorang kawan baik di mata Seong Woo.Dia bukanlah sesiapa..
Sung Jin menangis lagi sehingga air matanya kering.Sakitnya hati dia!Ini ke rasanya cinta bertepuk sebelah tangan?Baru dia tahu perasaan Suga yang gilakan dia!
Sung Jin tertidur kepenatan.Tanpa dia sedari,Seong Woo memerhatikannya dari luar bilik.Dia tahu kenapa Sung Jin menangis.
"Maafkan saya,Sung Jin.Saya tak berniat nak buat awak menangis.."bisik Seong Woo perlahan lalu dia terduduk di hadapan pintu sambil menutup mukanya menggunakan kedua belah tapak tangan.
Dia tak guna!Dia buat Sung Jin menangis!Dia tak layak untuk Sung Jin!Dia dah buat Sung Jin menangis!Dia tak guna!
Dan Seong Woo tetap menyalahkan dirinya kerana membuat Sung Jin menangis..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience