Chapter 10

Fanfiction - KPOP Completed 1553

Sudah tiga hari Sung Jin terlantar sakit diatas katil hospital.Dan sepanjang tiga hari itulah,Seong Woo melawatnya.Hati dia rasa sangat gembira.
"Sung Jin,awak nak buat tak pembedahan tu?"soal Seong Woo buat kali yang keberapa.Dah banyak kali dia tanya wanita itu,jawapannya tetap sama.
"Beri saya masa.."
Sampai bila nak bagi Sung Jin masa?Seong Woo takut penyakit wanita itu menjadi lebih teruk.
"Saya akan buat pembedahan tu.Awak cakaplah dengan Doktor Kim."Seong Woo terkedu mendengar jawapan Sung Jin.
"Betul ke?Saya pergi beritahu sekarang!"Seong Woo pantas berlari ke pejabat Doktor Kim yang berdekatan dengan wad Sung Jin.
Sung Jin hanya ketawa kecil melihat gelagat Seong Woo yang begitu gembira.Dia dah bertekad,lepas buat pembedahan tu dia nak pikat Seong Woo!
"Cik Lee,pembedahan awak dah diaturkan.Awak akan dibedah dua hari lagi."beritahu Doktor Kim yang sedang berdiri disebelah katil wanita itu.
"Apakah peratus kejayaan pembedahan ini?"soal Sung Jin risau. "Cik Lee tak perlu risau.Pembedahan ini 80% akan berjaya."
Sung Jin menghembus nafas kelegaan.Dia berasa takut untuk menanti hari pembedahannya.Jantung dia berdebar-debar.
"Tak apa,saya ada untuk awak!"kata Seong Woo memberi semangat kepada Sung Jin.Thank you,my love!Cehh...
Dua hari kemudian..
Sung Jin ditolak masuk kedalam bilik pembedahan.Wanita itu tidak sedarkan diri kerana telah dibius dengan ubat tidur.
Seong Woo menanti resah diluar bilik pembedahan.Harap-haraplah Sung Jin masih selamat!
Selepas tiga jam,Doktor Kim melangkah keluar daripada bilik pembedahan dengan wajah yang gembira.
"Doktor,macam mana dengan Sung Jin?"soal Seong Woo. "Pembedahan berjalan dengan lancar.Sung Jin telah dihantar masuk semula ke wadnya."jelas Doktor Kim.
"Ye ke?Terima kasih,Doktor!"Seong Woo berjabat tangan dengan Doktor Kim.Wajahnya terukir senyuman lebar.
Tiba-tiba,matanya terlihat seorang wanita sedang memandangnya.Seong Woo terkejut.Bertahun-tahun dia elak wanita itu,akhirnya mereka bertemu semula.
"Oppa.."Wanita itu berjalan kearah Seong Woo dan memanggil dia lembut.
"Ai Lee.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience