Chapter 3

Fanfiction - KPOP Completed 1553

Sung Jin sedang memandu pulang ke kampungnya di Busan.Dia menyanyi lagu 'Burn It Up' iaitu salah satu lagu Wanna One yang semakin terkenal dan diminati ramai.
Walaupun Sung Jin dilahirkan di Busan,dia tidak berapa mahir berbual dalam loghat Busan.Ini kerana selepas sebulan dia dilahirkan,keluarganya berpindah ke Seoul.
Apabila dia sudah dewasa,dia mahu tinggal di Seoul manakala ibunya,Puan Sol Bi menetap di Busan semula setelah kematian suaminya,Encik Ha Shik.
Setelah beberapa jam perjalanan,dia tiba dihadapan rumah ibunya. "Omma,I'm home!"jerit Sung Jin lalu melangkah masuk kedalam rumah.
"Sung Jin!Lama tak nampak kamu!"Puan Sol Bi memeluk satu-satunya anak yang beliau ada. "Omma masak apa?Saya terbau sesuatu yang sedap!"soal Sung Jin.
"Omma masak istimewa hari ni!Cepatlah tukar baju,pakai yang cantik-cantik.Hari ni,kita ada tetamu!"ucap Puan Sol Bi.
"Okey Omma.."Sung Jin berasa hairan.
Kenapa ibunya kelihatan sangat gembira?Sung Jin segera menaiki tangga dan masuk kedalam bilik yang dahulunya miliknya.
Dia memakai sehelai blaus berwarna kelabu berjalur putih dan seluar jeans berwarna biru gelap.Rambutnya yang berwarna coklat gelap dibiarkan lepas begitu sahaja.
Sung Jin sememangnya seorang wanita yang cantik dan menawan.Dia mewarisinya daripada Puan Sol Bi yang dahulunya juga rebutan para lelaki.
Wajahnya disolek nipis.Dia segera menuruni tangga apabila terdengar ibunya memanggilnya.
"Sung Jin,mari tolong Omma hidangkan makanan!"Sung Jin dengan pantas melakukan kerja bersama ibunya.Dia sudah terbiasa melakukan semua ini sejak kecil.
"Omma,siapa yang nak datang hari ni?"soal Sung Jin ingin tahu. "Ingat tak Mi Ran Ahjumma yang dulu selalu belikan kamu mainan?Hari ni,dia nak datang!"
balas Puan Sol Bi gembira.
"Oooh..dia datang seorang je ke?"soal Sung Jin lagi. "Dia datang dengan anak lelakinya sekali.Anak dia masuk Produce 101 Season 2 tau!"balas Puan Sol Bi siap puji lagi anak sahabatnya itu.
"Wah,dia dapat debut tak?"Sung Jin berasa teruja.Hebatnya anak lelaki Puan Mi Ran itu! "Omma tak tahu tapi dia kata anak dia dah debut!"
"Terbaiklah!"Sung Jin menepuk tangan. "Kenapa kamu teruja sangat ni?Ada apa-apa ke?"usik Puan Sol Bi. "Mana ada!"balas Sung Jin malu-malu.
"Sebenarnya,Omma dan Mi Ran Ahjumma dah setuju nak kahwinkan kamu berdua.Tapi,tengoklah kalau kamu setuju."Sung Jin terlopong.What the..fish?
"Omma!Saya muda lagilah Omma!"bantah Sung Jin. "Muda kamu kata?Kamu dah 24 tahun tahu tak!Omma nak sangat kamu kahwin dan bagi cucu kat Omma.."ucap Puan Sol Bi.
"Tengoklah kalau saya nak kahwin.Buat masa sekarang,saya masih perlu tumpukan perhatian kepada kerja."kata Sung Jin perlahan.
Kenapalah dia susah sangat nak jatuh cinta?Adakah dia terlampau cerewet?Ataupun bakal suaminya bukanlah di kalangan lelaki yang sentiasa bersamanya?
Tiba-tiba,loceng dibunyikan membuatkan Sung Jin dan Puan Sol Bi terkejut. "Sung Jin,kamu tolong bukakan pintu!"arah Puan Sol Bi.Sung Jin mengangguk dan segera melaksanakan arahan ibunya.
"Hi,ahjumma."sapa Sung Jin hormat apabila terlihat Puan Mi Ran sedang berdiri dihadapan pintu sambil tersenyum.
"Ni Sung Jin ya?Kamu dah makin cantik!"puji Puan Mi Ran membuatkan Sung Jin tersipu malu. "Silalah masuk."
Sung Jin menjemput kedua-dua orang tetamunya.
"Sol Bi!Lama tak jumpa awak!"Puan Mi Ran memeluk Puan Sol Bi erat. "Mana anak lelaki awak?"soal Puan Sol Bi apabila dia tidak lihat anak lelaki Puan Mi Ran.
"Oh,ni anak lelaki saya.Nama dia,Ong Seong Woo."Puan Mi Ran memperkenalkan anak lelakinya kepada Puan Sol Bi dan Sung Jin.
"Kacaknya anak awak!"puji Puan Sol Bi manakala Sung Jin terkaku di tempat dia berdiri.Adakah dia sedang bermimpi? "Anak awak pun cantik!"balas Puan Mi Ran.
"Sung Jin,marilah sini berkenalan dengan Mi Ran Ahjumma dan Seong Woo."ajak Puan Sol Bi tetapi Sung Jin tetap tidak berganjak.
"Sung Jin,kamu okey?"soal Puan Mi Ran risau. "Ahjumma,apa nama anak lelaki Ahjumma?"soal Sung Jin sekali lagi meminta kepastian.
"Nama dia Ong Seong Woo.Nama dia pelik sikit kan?"gurau Puan Mi Ran. "Wow,this is amazing!"jerit Sung Jin sambil terlompat-lompat seperti kanak-kanak.
"Sung Jin,kamu ni dah kenapa?"soal Puan Sol Bi.Puan Mi Ran dan Seong Woo tersenyum lebar.Mereka dah tahu kenapa Sung Jin bereaksi seperti itu.
"Anak saya masuk Produce 101 dan debut.Mesti Sung Jin salah seorang peminat kumpulan Seong Woo kan?"usik Puan Mi Ran.
"Ya!Saya seorang Wannable!"Sung Jin malu-malu apabila Seong Woo memandangnya sambil tersenyum lebar.Banggalah tu!
"Wannable?Apa tu?"soal Puan Sol Bi hairan. "Ahjumma,Wannable tu fandom kumpulan saya,Wanna One."jelas Seong Woo.
"Ahjumma tak ikut sangat trend sekarang ni.Ahjumma layan je."gurau Puan Sol Bi lalu mereka berempat ketawa.Banyak perkara dibualkan oleh mereka.
"Hmm..boleh tak saya minta tandatangan awak?"pinta Sung Jin lembut. "Boleh je!"Seong Woo menandatangani sehelai kertas yang dihulurkan oleh Sung Jin.
"Thank you!"ucap Sung Jin.Seong Woo terpesona melihat kecantikan wajah Sung Jin. "Kenapa awak tak panggil saya Oppa?"soal Seong Woo ingin tahu.
"Saya sebaya dengan awak jadi tak perlu panggil awak Oppa!"balas Sung Jin.Seong Woo tersenyum.Sung Jin berbeza dengan Wannable yang lain..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience