Chapter 7

Fanfiction - KPOP Completed 1553

Sung Jin memandu ke tempat kerjanya seperti biasa.Hari ini,dia memakai sehelai blaus berwarna putih serta skirt paras lutut berwarna hijau gelap.
Rambutnya disanggul tinggi.Kot juga disarungnya.Dia nampak seperti wanita yang berkerjaya.
Tiba-tiba,telefon pintarnya berbunyi menandakan terdapat seseorang menelefonnya.
"Hi Omma."
"Sung Jin,betul ke apa yang Omma dengar?"
"Apa yang Omma dengar?"
"Kamu menghidap kanser otak tahap dua.Betul ke?"
"Haihh..dari mana Omma tahu?"
"Omma nak tahu,betul ke?"
"Ya,memang betul.."
"Omma tahu dari Mi Ran Ahjumma.Dia berkawan dengan doktor yang merawat kamu."
"Omma..."
"Omma nak kamu buat pembedahan!"
"Tapi Omma,saya tak mahu!"
"Ini untuk kesihatan kamu juga!Sampai bila kamu nak trauma dengan alat-alat di hospital itu?"
"Kalau boleh,sampai bila-bila!"
"Omma akan suruh Seong Woo pujuk kamu.Kamu memang tidak akan dengar cakap Omma."
"Apa yang.."
Puan Sol Bi menamatkan panggilan itu.Dia menelefon Seong Woo walaupun tahu lelaki itu sibuk berlatih menari dan menyanyi.
"Hi,ahjumma.Kenapa ahjumma telefon saya ni?"
"Hi,Seong Woo.Ahjumma nak mintak tolong kamu,boleh?"
"Mintak tolong apa?"
"Boleh tak kamu tolong pujuk Sung Jin?"
"Hah?Kenapa saya kena pujuk Sung Jin?"
"Sebenarnya,Sung Jin menghidap kanser otak tahap dua.Ahjumma suruh dia buat pembedahan tapi dia tak nak."
"Betul ke Ahjumma?Kenapa dia tak nak buat pembedahan?"
"Dia trauma dengan alatan kat hospital tu.Boleh tak kamu tolong Ahjumma?"
"Saya akan cuba sedaya upaya saya."
"Terima kasih,Seong Woo."
"Sama-sama Ahjumma."
Panggilan ditamatkan.Seong Woo mengeluh panjang.
Jam menunjukkan pukul 6:15 petang.Sung Jin mengemas barang-barangnya dan menuruni lif ke lobi.
Dia berasa hairan apabila ramai wanita berbisik-bisik dan tersenyum gembira melihat ke luar.
'Ooh,ada lelaki handsome rupanya.'kata hati Sung Jin.Lelaki itu berjalan kearah Sung Jin dan membuka cermin mata hitam yang dipakainya.
"Seong Woo,apa yang awak buat kat sini?"soal Sung Jin perlahan.Ini kerana semua mata sedang memandang ke mereka dengan riak tidak puas hati.
"Saya nak jemput awak balik rumah.Sila naik kereta ini ya,Cik Sung Jin."ucap Seong Woo lalu menarik tangan Sung Jin dan mendudukkannya di dalam kereta mewah itu.
Seong Woo juga melakukan yang sama dan kereta itu bergerak laju diatas jalan raya.Sung Jin memandang wajah Seong Woo hairan.Lelaki ni..demam eh?
"Kenapa awak pandang saya macam tu?"soal Seong Woo. "Kenapa awak ambik saya petang ni?Peliklah!"balas Sung Jin.
"Sol Bi Ahjumma dah cerita semua kat saya.Dia suruh saya pujuk awak."jelas Seong Woo.
Sung Jin tergamam.Pandai betul Ommanya menyuruh Seong Woo memujuk dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience