Chapter 1

Fanfiction - KPOP Completed 1553

"Lambat!!"jerit Sung Jin pada awal-awal pagi.Wanita itu sudah lambat hendak pergi ke tempat kerjanya.Habislah dia dimarahi nanti!
Sung Jin memakai blaus berwarna ungu serta skirt paras lutut berwarna hitam.Kot disarung dan sepasang kasut tumit tinggi dipakai di kaki.
Enjin keretanya dihidupkan sebelum memandu laju diatas jalan raya.Nasib baiklah nyawa tak melayang...
Di HT Coperation..
"Apalah nasib aku..."keluh Sung Jin sebaik sahaja keluar daripada bilik majikannya,Tuan Gang Woo.Tadi dia dimarahi kerana lambat tiba di tempat kerja sepuluh minit.
Nasib baik dia cuma diberi amaran.Kalau dipotong gajinya,mahu dia terbalikkan pejabat itu.Bumbung kat bawah,lantai kat atas!
"Sung Jin,kau okey tak?"soal Di Na,rakan sekerja Sung Jin.Di Na ni kacukan Melayu-Korea. "Okey lah..aku cuma diberi amaran je.."balas Sung Jin.
"Ni kali pertama kau datang lambat tau!Kau rasa kau dapat ke Anugerah Pekerja Cemerlang macam tahun lepas?"soal Di Na lagi.
"Entahlah.."Sung Jin segera melakukan kerjanya apabila ternampak Tuan Gang Woo melangkah keluar daripada pejabatnya.
Malamnya..
Sung Jin sedang membaca kisah-kisah terkini tentang artis-artis Kpop melalui telefon bimbitnya.
"Hmm..tak ada pun kisah yang best..semua bosan!"keluh Sung Jin.Tiba-tiba,dia ternampak satu artikel tentang kumpulan yang debut melalui rancangan 'Produce 101 Season 2'
"Wanna One?Tak tahu pulak ada kumpulan ni."Sung Jin terhenti pada salah satu gambar ahli kumpulan Wanna One itu.Wajahnya kacak dan menarik.
"Ong Seong Woo,sedap nama dia!Jarang aku jumpa orang nama keluarga dia Ong!"kata Sung Jin sendiri.Teringat pula pada suami sahabat ibunya.Nama keluarganya juga Ong.
"Aku nak kena siapkan kerja.Nanti diberi amaran lagi."Sung Jin meletakkan telefon bimbitnya diatas meja dan membuka komputernya.
Tiba-tiba,telefon bimbitnya berdering.Sung Jin segera menjawab panggilan itu tanpa melihat pemanggilnya.
"Hello,siapa ni?"
"Akulah!"
"Ooh..Kylie,kau nak apa?"
Kylie ialah sahabat Sung Jin sejak mereka berumur enam tahun lagi.Kini,mereka dah berumur 24 tahun.Dah 19 tahun mereka berkawan.
"Aku nak ajak kau jalan-jalan.Nak tak?"
"Sorrylah,aku nak kena siapkan kerja aku ni."
"Asyik dengan kerja je!Aku tahu kau kena hantar kerja kau tu minggu depan!"
"Aku baru nak tipu kau tapi dah kantoi.."
"Jomlah ikut aku sekali!Suga pun dengan aku ni!"
Suga atau nama sebenarnya Min Yoongi ialah salah seorang ahli kumpulan BTS,kumpulan Kpop yang terkenal juga sahabat mereka.Mereka bertiga memang rapat.
"Kenapa kau bawak Suga?Kau tahu kan dia tu suka kat aku.."
"Kau pun suka kat dia kan?Kau pernah cakap kat aku."
"Itu dulu!Sekarang dah tak!Dahlah dia tu suka cakap benda pelik-pelik!"
"Maksud kau,ayat-ayat romantik?"
"Yelah..siap panggil aku 'honey'lah..
'darling'lah..geli ok!"
"Hahaha..aku faham!So,kau tak nak ikut lah ni?"
"Sorrylah..tak boleh ikut.Aku letak dulu.Bye!"
Sung Jin menamatkan panggilan itu dan menyambung kerjanya.Dalam kepalanya berlegar-legar wajah Ong Seong Woo.Kenapa dengan dia ni?Dah gilakan lelaki tu ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience