“Baba…”
“Emmm…”
Tihani gemuruh berhadapan dengan babanya yang sibuk membelek sebuah kitab di dalam bilik bacaan. Dia memintal-mintal hujung baju tidurnya sambil tersengih-sengih malu. Tuan Mukhriz menurunkan cermin matanya apabila anak gadisnya mendiamkan diri. Dia terlalu sayangkan Tihani kerana anak gadis itu adalah satu-satunya harta yang arwah isteri dia tinggalkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi, apabila Tihani tiba-tiba dalam beberapa minggu ini dia menjadi risau.
“Hani… kamu kenapa? Dah buang tabiat ke buat muka comel depan baba ni?” Tuan Mukhriz membuat lawak murah depan anak perempuan tunggalnya.
“Hehehe… baba, Hani tahulah anak baba sorang ni memang comel. Tak perlu nak puji-puji. Sejak berkurun lama sudah ku tahu, saja tak nak banggakan diri.”
“Ishk, budak sorang ni. Orang tanya dia, dia buat lawak pulak tak berapa nak lawak.”
“Baba… HANI NAK KAHWIN!!! ESOK KITA PERGI MASUK MEMINANG DIA!!!” Tihani berkata dengan sepantas kilat sebelum berlari masuk ke dalam bilik lalau mengunci pintu bilik tidurnya. Dadanya turun naik, turun naik, macam nak pecah.
“Kena rasuk hantu kak limah ke anak aku?” Tuan Mukhriz mengucap panjang. Dia berlari kecil menuju ke bilik tidur anak perempuannya. “Hani, bukak pintu ni. Apa yang kamu merepek malam-malam ni. Anak siapa yang baba nak pinang esok? Kamu jangan main terjah rumah orang.”
“Rumah Saif Amar! Baba mesti pergi rumah dia esok.”
“Ya Allah budak seorang ni. Kampung dia kat Terengganu sana. Kita tak buat sebarang persiapan pun. Apa hal peliknya kamu yang masuk meminang?” Tuan Mukhriz mengaru kepalanya yang berlapik kopiah putih.
“Tak salah kalau perempuan yang memulakan langkah. Hani dah beli sepasang cincin untuk dia dan Hani. Kita bawa cincin itu, buat ala kadar saja majlis itu.”
“Saif tahu tak?”
“Surprise! Hehehehehe…”
“Aduh, jahanam anak teruna orang Hani!”
Share this novel