BAB 10

Romantic Comedy Completed 29109

Majlis yang dijalankan di rumah Tuan Mukhriz riuh-rendah dengan suara-suara tetamu yang hadir. Gelak ketawa memenuhi ruang rumah yang sudah lama sunyi. Tangan Saif tidak lenguh memaut pinggang kecil Tihani, kalah belangkas apabila melihat kemesraan mereka. Mereka mengenakan baju pengantin berwarna silver, sama cantik sama padan.

“Assalamualaikkum, pengantin baru.” Satu suara garau menegur mereka berdua dari belakang.

“Waalaikumussalam… Afiq.” Tihani gembira melihat Afiq yang datang bersama Munirah.

“Hani!” Afiq segera menjadi ‘lentik’ dengan sergahan Tihani. Dia mengilai tiba-tiba.

“Abang!” Munirah menepuk lembut bahu suaminya. Hilang sesaat ke’macho’an Afiq.

“Alah, ingatkan sudah hilang… Tak cun kau, Fiq.” Tihani mengejek sahabatnya.

“Yang sebelah kau tu, apa? Tak melentik ke?” Afiq mengalihkan perhatian mereka kepada Saif.

“Nyah, apa kau ni?” Saif melayang-layang tangannya bagaikan penari lemah gemalai. Tihani mencubit pipi Saif.

“Tak malu.”

“Korang tengok. Ini spesis semut api negara mana?”

Mereka ketawa apabila Tihani memberi cubitan manja kepada Saif tak henti-henti. Tihani memandang Munirah, dia tersenyum melihat perut wanita itu yang nampak membesar.

“Berapa bulan?”

“2 bulan setengah…”

“Sabar sayang. Nanti kita ‘buat’ anak biar express macam LRT.” Saif memujuk diselangi dengan gurauan.

“Sayang, what are you thinking about?” Saif memegang bahu Tihani, dia mengusap lembut bahu wanita yang dia cintai. Mereka berdiri di depan tingkap, memerhati seorang kanak-kanak perempuan bermain dengan abah dan umi.

“Nothing. I just remembered an old story. Me and you.”

“Well, good or bad?”

“Both…”

“Tihani Maryam!” Saif menjeling manja si isteri.

“Abang! Nak Mar gigit abang ke?”

“Nak gigit kat mana? Kat sini pun boleh jugak.” Jari telunjuk Saif mengetuk bibirnya yang sudah termuncung.

“Gatalnya awak ni.” Sebuah cubitan singgah ke perut Saif. Berubah muka lelaki itu.

“Tak cun lah main dengan sayang… Asyik nak cubit aje, cium pulak tak nak. Tu anak perempuan awak, dia nak minta adik. Bila kita nak bagi?” Saif segera memegang tangan Tihani yang sudah naik merayap ke dadanya. Mesti nak bagi penumbuk tu!

Tihani mendonggak merenung ke dalam mata Saif. Bergetar hati lelaki itu dengan pandangan redup Tihani. Dia cuba kawal ekspresi mukanya yang cemberut. Semakin nakal isterinya, ada saja cara godaan terbaru.

“Sayang tak nak tengok anak kita main ke? Alahai comelnya dia, macam saya.” Saif bijak menukar topik. Dia mengalih matanya daripada renungan Tihani.

Siang lagi, sayang oiii. Jangan nak dibuatnya drama percuma depan abah dan umi ku.

CUPP!!

Terbuntang mata Saif dengan ciuman sesaat Tihani. Boleh gugur jantungnya. Ikut hati nak lagi, tetapi sabar wahai hati. Sabar. Matahari masih tinggi.

“Oiii, bebudak! Pergilah masuk kalau nak berdrama pun. Jangan nak nak jadi macam Laila dan Majnun sangat. Tua-tua buat romance depan kita.” Cik Siti meleteri anak menantunya yang tersengih-sengih.

“Alah, kau ni Siti. Sekali-sekala nak romance jugak.” Abah Saif memang sempoi. Kasi lampu trafik warna hijau terus.

“TERBAIK ABAH!”

Tihani menarik telinga Saif, dia mengheret suaminya masuk ke dalam bilik. Banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan mereka. Bergaduh itu memang ada, tetapi jarang-jarang. Setiap kali Tihani merajuk, mulalah Saif nak menyanyi lagu Gurindam Jiwa gitu. Mereka juga bersyukur kerana mempunyai seorang anak perempuan, cantik dan comel orangnya, baru berumur setahun setengah. Nak kata nakal, memang tip top! Babanya masih sudah bersara, sekarang berada di Mekah, buat umrah.

Tentang Afiq dan Munirah pula, mereka seronok boleh anak kembar. Lelaki pula tu. Mereka masih berhubung, kalau ada sebarang kuliah agama, Tihani dan Saif akan turut serta bersama-sama dengan anak mereka. Saif, dia cuba berubah untuk menjadi seorang yang berani. Walaupun terselit juga aksi manjanya, Tihani tetap bersyukur dengan usaha Saif.

“Do you love me?”

“I love you, Tihani Maryam binti Mukhriz… Awak nak saya ulang semula ke lafaz akad nikah kita?”

“Tak perlu…”

“Hehehehe….”

Cinta ini bukan satu perjudian atau pertaruhan, menjadikan kalah dan menang sebagai ukuran untuk mendapat keuntungan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience