BAB 5

Romantic Comedy Completed 29109

Sejak kejadian itu, Tihani tidak berani lagi untuk membuat aksi manja dan romantik dengan. Dia juga kembali kepada kehidupannya yang biasa. Perkahwinannya masih dirahsiakan, kecuali kepada ahli keluarga terdekat yang sudah tahu. Tuan Mukhriz merancang untuk mengadakan majlis resepsi nanti dalam masa beberapa minggu lagi. Saif pula masih segan dengan Tihani lebih-lebih lagi apabila dia perlu berpindah ke rumah Tuan Mukhriz.

Kerana hari ini ialah hari minggu, Tihani bangun sedikit lewat. Dia tercari-cari babanya di ruang tamu, tetapi tiada. Mungkin babanya pergi bermain golf. Sukan tipikal orang kayalah katakan. Dia juga pelik apabila Saif juga tidak kelihatan di dalam rumah. Tihani pergi menjenguk di dapur, dan dia serta merta tersengih macam orang angau apabila ternampak Saif yang sedang memasak sesuatu. Dari baunya seperti bau tomyam mungkin. Tihani berjingkit-jingkit mendekati Saif dari belakang. Dia memeluk suaminya denga erat. Walaupun badan Saif sedikit berpeluh, dia tidak kisah kerana bagi dia lelaki yang berpeluh itu seksi. Ah sudah, memang kena penyakit angau Tihani Maryam sejak berkahwin.

“Mar, aaa… awak… ttaaa… tak mandi lagi ke?” Saif yang sudah menyedari kehadiran Tihani itu berlagak biasa, walaupun jantungnya berdegup macam nak kena bom. Tihani lebih terbuka dalam hal seperti ini, sedangkan dia masih lagi malu untuk bermesra dengan isterinya.
“Kenapa?” Gadis itu bertangan. Dia masih setia memeluk Saif dari belakang. Tangannya tidak duduk apabila bersama dengan Saif. Tangannya akan merayap disekitar perut dan dada Saif. Hampir tergugat iman Saif.

“Maryam, stop please.” Saif merayu kerana dia takut yang dia akan gagal melawan keinginannya.
“Kenapa?” Masih lagi jawapan yang sama.
“Saya ini lelaki. Jangan awak buat macam ini.”
“Kenapa?”

“Ya Allah Mar.” Saif membuka tangan Tihani yang melingkari pinggangnya. Dia berpusing menghadap isterinya yang kelihatan comel memakai baju T boboiboy. “Awak lapar? Jom kita makan. Baba makan dengan kawan dia.” Saif menukar topik perbualan mereka.
“Makan abang boleh?” Tihani memberi jelingan menggoda.
“Hhh… hari iniii… s-saya masak tomyam.”

“Baiklah, saya faham awak belum boleh terima saya.” Ternyata dia menjauh hati apabila Saif tidak cuba untuk menganggap dia sebagai isteri.
“Mar, bukan begitu tapi…”

Saif terkelu untuk menjelaskan keadaan dirinya yang dalam dilema. Dia tidak ingin sesukati menyatakan cinta ketika perasaan itu belum pun wujud untuk Tihani. Dia benar-benar memerlukan sedikit masa. Dia menjadi serba salah apabila Tihani meninggalkan dia kebingungan di dapur. Saif terdengar dentuman pintu bilik bilik.
“Aduh.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience