BAB 9

Romantic Comedy Completed 29109

Saif duduk seorang diri di rumahnya malam ini kerana abah dan umi nya tiba-tiba ada urusan di luar. Entah dimana mereka pergi pun dia tidak tahu. Abahnya hanya kata rahsia. Sejak tiga hari dia berjauhan dengan Tihani, sekalipun Tihani mahupun dia berbicara. Telefon pun tidak. Keputusan yang dia buat secara terburu-buru menjadikan dia seorang yang pengecut tetapi dia gagal menahan cemburu dan kemarahannya apabila melihat Tihani yang mampu tersenyum dan ketawa dengan lelaki lain, ketika dia perlu mengemis untuk mendapatkan kegembiraan isterinya.

Perhatiannya di kaca tv terganggu dengan ketukan bertalu-talu di pintu utama dengan kelembutan salam dari suara seorang wanita. Sebaik sahaja dia membuka pintu, sebuah penampar hinggap di pipi kanannya. Saif tersentak. Pedih pipinya ketika itu. Seorang perempuan yang berwajah pucat lesi mencerlung wajahnya.

“Mar…”

Pang!!!

Kali ini pipi kirinya pula. Dia melihat Tihani Maryam yang berdiri di hadapanya seperti singa kelaparan. Dia menjadi gerun. Tihani menolak dia masuk ke dalam rumah, lalu pintu rumah ditutup kasar bagai nak tercabut skru. Saif mula meneguk air liur yang tersekat di tengkuknya.
“Aaa… apa awak…”

Bukkk!

Tihani terus menumbuk dadanya bertalu-talu, boleh tahan senak dada dia nak bernafas. Dia terpaksa menggunakan kekerasan dengan menolak tubuh Tihani ke dinding untuk menghentikan keganasan isterinya.Mereka bertatapan untuk seketika, dia sayu melihat mata redup Tihani yang mengalirkan air jernih. Mencemari pipi yang gebu yang kemerahan. Tangan Tihani setia mencengkam kolar baju, seperti nak bergaduh lagaknya. Saif hampir kalah apabila tangannya ingin mengesat air mata yang mengalir bagaikan air sungai jernih, bukan mendamaikan tetapi menyakitkan.

“I love you. I’m so in love with you until I almost forgot to breathe when you give me the document.” Saif membisu. Dia sejujurnya mula membenci dirinya kerana menyakiti hati yang tidak bersalah, tetapi dia cemburu. Cemburu melihat lelaki lain yang berjaya menambat hati perempuan Tihani.

“Jadi, awak bersetuju nak berpisah dengan saya?” Dengan penuh keegoan Saif berkata.

Tihani merentap tangannya. Sekali lagi, pipi Saif ditampar dengan secebis tenaga yang dia ada. Sanggup lelaki yang bergelar suami bertanya hal yang menghancurkan hati dia.

“Afiq bukan kekasih saya!”

“Awak…”
“Dia dulu pun seperti awak. Dia lembut macam perempuan, sensitif. Ya, saya mengaku yang dia pernah cinta pada saya, tapi jodoh saya bukanlah dia… Awak tahu kenapa saya jumpa dia? Sebab saya nak faham golongan yang sama seperti awak. Saya nak cuba hidup dengan awak berlandaskan jalan yang lurus, saya nak hilangkan segala keraguan saya terhadap awak. Saya nak kumpul kepercayaan dan merubah diri saya sebagai permulaan untuk kehidupan kita. Saya nak kita bahagia di atas kepercayaan bersama… Afiq dan Munirah… Oh saya lupa nak cakap.” Tihani mendonggak memandang ke dalam mata Saif. “Afiq sudah beristeri. Nama dia Munirah, sekarang mereka tunggu anak pertama mereka. Saya cemburu melihat mereka bahagia, dan itu menjadi kekuatan kepada saya untuk mencintai awak.”

“Sss…” Saif tergagap-gagap untuk membuka mulutnya.

“Tapi awak dayus. Awak biarkan saya berjuang sendiri. Ni surat perceraian…” Tihani mengangkat sampul lalu dikoyakkan dengan rakus. Dia melemparkan ke dada Saif. “Awak pergi rendam ni dalam air, pergi mandi. Bersihkan diri awak supaya tak jadi pengecut lagi.” Tihani merungkaikan pelukan Saif. Dia tidak menghiraukan perasaan suaminya. Dia hanya ingin keluar mengambil sedikit oksigen di luar.

Tangannya belum sempat membuka pintu, tubuh Tihani sudah terdorong ke belakang kerana Saif sempat menarik tangannya. Dia memerangkap Tihani di dalam pelukan eratnya walaupun gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan. Pelukan itu bagai melepaskan kerinduan terhadap Tihani. Walaupun mereka sudah jatuh terlentang di atas lantai kerana kekasaran Tihani, Saif tetap setia memeluk isterinya.
“I’ve fallen in love with someone…” Tihani berhenti bergelut, memberi ruang kepada Saif untuk berbicara. Dadanya berdetak melepasi tahap kritikal dengan suara sensual lelaki itu. “She is beautiful, she is cute, she is patient, and she is special. She’s unbelievable almost perfect. I’ve never met a woman like her.” Saif memaksa Tihani memandangnya. Hatinya dilanda pilu melihat mata Tihani yang merah dan bengkak. “Ya saya memang dayus. Tidak layak saya untuk awak.”

“Abang…” Tihani memanggil manja. Dadanya diusap perlahan.
Ah, mudah sungguh Mar berlembut hati!

“Maafkan saya.”

Akhirnya, keluar juga perkataan itu. Tihani mengiyakan sambil ketawa kecil. Dia menghadiahkan ciuman pada kedua-dua pipi Saif. Agar ciuman itu dapat mengurangkan kesakitan akibat tamparan dia tadi. Saif tersenyum dengan kelembutan Tihani. Dia memerhati seluruh wajah Tihani.

“Abang suka Tihani yang bertudung. Manis sangat-sangat macam madu…” Lantas bibirnya mendarat ke dahi Tihani.

“Abang suka Tihani yang comel. You make me smile instantly.” Bibirnya pergi ke pipi Tihani yang agak tembam.

“Abang suka Tihani yang ganas bagai singa betina…” Lelaki yang tiba-tiba bertukar romantik itu tersengih nakal.
“Abang….” Tihani menepuk dada Saif. Tetapi, Saif sempat membaham hidung Tihani.
“ Dan… Abang suka Tihani yang tersenyum. It’s almost drive me crazy.” Dua ulas bibir merh bertemu untuk kali pertama. Tihani menutup matanya serapat-rapatnya, dia dapat merasakan seluruh jiwanya hanya untuk lelaki yang bernama Saif Amar.

Tihani menolak lembut dada bidang Saif, dia malu. Dan malu itu yang menjadikan Saif semakin berani untuk memikat isteri yang sudah terpujuk galaunya.

“Maaf diterima, abang… tapi, pelik pulak bila kita berbaring atas lantai ni. Macam duduk kat pantai.” Tihani cuba bergurau untuk menghilangkan gemuruh dengan pandangan mata Saif.
Dia tersedu apabila Saif membuka tudungnya dilemparkan entah ke mana. Tihani bengun dengan mengejut, meninggalkan Saif yang terpinga-pinga di atas lantai.

“Emmm. Jom, kita makan kat luar. Saya lapar.”

“Abang mesti makan Mar dulu.” Terjerit kecil Tihani sambil melarikan diri entah ke mana tujuan dia. Alah, rumah kecil itu macam mana nak lepaskan diri.

Terpaksalah Tihani menjadi ‘teddy bear’ Saif untuk malam itu. Mereka larut dalam cinta bersama kepekatan malam. Tihani tenggelam di dalam pelukan hangat suaminya. Cinta yang dinanti oleh mereka bersatu juga selepas segala kesakitan itu. Orang tua mereka pula sibuk berseronok menguruskan majlis resepsi mereka.

Abah, umi, dan baba… Hani dan Saif gembira sangat-sangat…
“Sayang, bangun. Kita solat sama-sama.” Lembut tangan Saif mengoncang bahu Tihani.

“Abang. Bagi setengah jam lagi…” Rengek Tihani manja, mulutnya mencebik-cebik. Matanya pula masih tertutup rapat.
“Bangun sayang… Nak abang gigit ke?” Saif mengugut isterinya.
“Nak gigit kat mana?” Tihani lantas membuka luas matanya. Dia memberi jelingan maut aka menggoda.

“Malaslah nak cakap macam ni.” Saif berjalan terkedek-kedek ke tepi jendela, merajuk dengan Tihani.

“Terbaliklah abang ni. Saya yang patut merajuk, bukan awak. Tak roman…” Tihani terkedu dengan aksi berani Saif yang mengucup bibirnya, sempat pula dia mengigit ulas bibirnya juga.
“Kan bang dah cakap nak gigit.” Saif mengeyitkan matanya.
“Jom, mandi.”
“Tak nak kawan dengan abang.”

“Habis malam nanti tak ada ‘projek’ untuk saya?”
“Arghhh, tak kawan seminit. Nak gi mandi sorang-sorang.” Tihani menyangkut tuala ke atas bahunya, kaki menghentak-hentak lantai menuju ke bilik mandi.

“Sayang… biar abang teman… Kan sejuk guna air telaga tu…” Saif yang masih berjalan terkepit-kepit macan tersepit, mengejar isterinya dari belakang sambil ketawa mengekek.

Dia bahagia… Sungguh dia bahagia…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience