BAB 8

Romantic Comedy Completed 29114

Tihani Maryam,

Abang minta maaf kerana gagal menjaga hubungan kita. Abang kalah dalam pertempuran ini. I think it’s better if we parted amicably. You can get a better man than me. Dalam sampul surat itu ada dokumen perceraian. Jika, awak bersetuju kita selesaikan di mahkamah.

Saif Amar…

Nota yang ditinggalkan di atas meja solek dibaca. Tergamam Tihani untuk memahami setiap patah ayat yang suaminya coretkan di atas sekeping kertas. Semudah itu, suaminya ingin memutuskan hubugan disaat dia mula belajar menghargai erti cinta.

“BABA! BABA!” Tihani terkocoh-kocoh mencari babanya diseluruh rumah agam itu. Apabila dia berjumpa babanya yang berada di bilik bacaan seperti biasa, dia terus berlari ke arah Tuan Mukhriz bersama air mata yang gagal dia tahan.

“Hah. Kenapa Hani?” Tuan Mukhriz bertanya acuh tak acuh.
“Mana suami Hani?” Dia bertanya bersama esakan yang semakin hebat.
“Kamu ingat juga, kamu ada suami ye. Dia sudah balik ke kampung. Lebih baik dia duduk kat sana kalau ada isteri macam tak ada. Kamu ni kenapa sampai sanggup curang dengan suami sendiri?” Tuan Mukhriz membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa.

“Ya Allah baba… Kenapa cakap begitu? Hani tak pernah curang dengan Saif.” Tihani melutut di kaki babanya. Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan yang tiba tanpa henti-henti.

“Jadi, ini apa?” Mata Tihani membulat melihat gambar dia dengan Afiq semasa pertemuan mereka pagi tadi. Skrin telefon milik babanya di pandang.

“Semua ini salah faham. Dia kawan Hani, Afiq nama dia. Dia bukan kekasih Hani.” Air matanya berhamburan keluar membasahi pipinya. “Dia pun sudah beristeri. Dia dan isteri dia banyak bantu Hani…” Tuan Mukhriz mendengar segala cerita yang datang dari mulut anak perempuannya. Hatinya luruh apabila mengetahui keadaan sebenar.

“Sayang, baba minta maaf sebab menuduh kamu secara melulu.” Tuan Mukhriz mendakap Tihani, membiarkan anaknya menangis di bahunya.

“Baba akan tolong Hani jernihkan hubungan ini.”

“Tolong, Hani satu perkara.”
“Apa dia?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience