BAB 7

Romantic Comedy Completed 29109

Afiq terdiam seketika. Dia terkedu selepas mendengar cerita Tihani yang pada mulanya kelakar tetapi bertukar suram di hujungnya. Dia tidak tahu untuk memberi reaksi bagaimana dengan cerita kawannya ini.
“Aku rasa ini balasan sebab aku pernah tolak cinta kau dahulu.” Tihani memandang gelasnya yang masih penuh dengan jus kiwi. “Disebabkan kau pernah lembut macam Saif. Aku hina kau sesuka hati hingga aku lupa yang kau kawan yang banyak menolong aku.”

“Hani…” Afiq mengeluh.
“Kau tak ingat?”

Tihani mencerlung lelaki yang sedang mengutip bunga di atas jalan. Dia sanggup melempar hadiah daripada lelaki itu tanpa menolak secara baik. Afiq tidak marah kerana dia berasa gembira kerana Berjaya meluahkan perasaan yang dia pendam selama ini.

“Aku tak ingin lelaki lembut macam kau. Entah kau boleh bagi aku kebahagiaan atau tidak? Agaknya mustahil aku nak mengandung dengan jenis yang macam kau ni. Dalam universiti ini, aku seorang saja yang sanggup berkawan dengan kau, yang lain nak dekat dengan kau pun geli. Nasib baik hari ini aku graduasi, kalau tak…” Tihani tidak meneruskan ayat penghinaannya.

“Aku cuma sayang kau seadanya kau. Kekurangan kau atau kelebihan kau, aku terima. Dan mulai hari ini, rasa sayang aku… hanya akan kekal sebagai rasa sayang terhadap kawan. Kau kawan baik aku.” Afiq meletakkan jambangan bunga di tepi kaki Tihani sebelum berlalu pergi.
Afiq menangguk kepalanya. Dia masih ingat tentang perkara itu. Pada mulanya dia berdendam, marah dan sedih bila Tihani sanggup mengeji dia. Sejak hari itu, dia berhenti berjumpa Tihani, memutuskan segala hubungan di universiti. Dia pergi lari jauh pulang ke kampungnya. Dia cuba berubah sedikit demi sedikit.

“Sebab aku, kau kahwin dengan Saif sampaikan kau sanggup meminang dia?”

“Sejak kau pergi aku rasa bersalah sangat-sangat. Aku cuba cari kau, tapi orang kata kau balik kampung dan tiada siapapun tahu mana kau tinggal. Bila kau jumpa Saif yang sama ‘kerabat’ dengan kau, aku jadi teruja dengan persoalan yang gila-gila. Aku sangka dia akan menerima aku seperti aku terima dia tetapi aku silap.”

“Kaum yang macam kami ini, ada yang sesetengahnya merendah diri. Mereka bukan dayus tapi takut untuk berdepan dengan orang ramai yang mempunyai persepsi yang berbeza. Macam aku dulu, lepas bertahun-tahun berkawan, tup tup aku cakap aku sayangkan kau. Mau tak meletup otak kau!” Afiq berbicara falsafah tentang sejarahnya dahulu. “Kadang-kala bukan mudah nak berubah dengan sikap aku yang dari kecil memang sudah lembut, tapi pengalaman banyak mengajar aku serta dengan bantuan seseorang. Aku berubah dengan bantuan pengantara yang Allah kirimkan untuk aku.”

“Siapa?” Tihani jadi teruja untuk mengetahui gerangannya.
“Nantilah. Tapi kau juga perlu berubah. Berubah ke arah kebaikan, bukan kerana Saif tapi kerna Allah.” Afiq memberi nasihat. “Kau datang jumpa aku bila ada masa. Aku akan bawah kau jumpa seseorang yang mengubah hidup aku.”

Hari demi hari Tihani semakin kerap berjumpa dengan Afiq dan seseorang istimewa itu. Dia tetap meminta keizinan Saif untuk berjumpa dengan Afiq kerana lelaki itu tetap suaminya. Sejak perjumpaan itu, Tihani semakin berubah dan semakin dekat dengan Pencipta. Menjaga penampilannya serta bertudung. Dia sedar yang Saif gembira dengan perubahan dia, tetapi mereka sudah jarang berkomunikasi dan Saif tidak berpeluang memujinya. Tihani bersabar lagi, dia akan melengkapkan dirinya untuk membawa perubahan kepada Saif Amar. Suaminya. Babanya pula, setiap hari memuji dia. Tihani nampak lawa! Tihani cun! Tihani comel! Kalah kecantikan ratu dunia. Sayang anaklah katakan!
“Afiq, ini kad jemputan untuk ke majlis resepsi aku dengan Saif. Kau datanglah dengan Munirah. Dalam minggu ini, aku mungkin tak boleh jumpa korang, sibuk. Sayang, Munirah tak ada bersama hari ini” Tihani mengukirkan senyuman nipis terhadap sahabat yang banyak membantunya.

“Insya-Allah. Aku dan Munirah mesti ke hadir majlis ini.”
“Teruk ke demam dia?” Tihani melemparkan soalan.

Afiq tersenyum malu. Rupanya masih ada lagi sisa-sisa ‘kelembutan’ dia. Tihani ketawa kecil memandang muka Afiq yang kemerahan.
“Morning sickness lah Hani…” Tiba-tiba Afiq membuat ketawa gaya ratu. Tihani turut ketawa sama sambil mengucapkan tahniah dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka. “Pengalaman pertama memang menyeronokkan walaupun aku sedih gak tengok dia asyik muntah-muntah sampai lembik macam jelly pulak.”

“Amboi mengata bini tak ingat dunia.”
“Sekali-sekala nak jugak mengata. Hehehehehe.”
“Nakal lah kau.”

“Tihani Maryam.” Afiq bertukar kepada mood seriusnya. “Kau ingat pesan Munirah erk… Bersabar walauapapun yang terjadi dengan kau. Jangan kau terlalu ikutkan emosi sampai membuat keputusan yang terburu-buru. Ingat Allah, banyakkan berdoa…Kau bukan kalah dengan Saif, tetapi kau mengalah dengan dia untuk kali ini. Aku pun banyak kekurangan, Munirah yang seimbangkan aku.”
“Terima kasih.”
“Sama-sama kasih, Hani.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience