Saif Amar bin Awaluddin. Perghhh!!! Sekali dengar nama itu, seram hingga naik bulu ketiak. Terpacak-pacak bagai. Begitu jugalah reaksi yang Tihani Maryam berikan sewaktu, babanya beria-beria mempromosikan pujian tentang pekerja barunya. Sejujurnya, dia sendiri masih belum berjumpa dengan tuan punya badan tetapi entah kenapa babanya bersungguh-sungguh mahu dia masuk ke pejabat hari ini untuk mengaturkan pertemuan dia dengan Saif. Sedangkan dia langsung tidak berminat untuk berjumpa dengan Panglima Hang Tuah itu. Awal pagi lagi, Tihani sudah memecut keretanya menuju ke syarikat babanya, dia takut jalan sesak. Tuan punya syarikat belum pun pergi ke pejabat, dia pula sudah menempel di sana.
Seperti biasa, tugasnya apabila datang ke syarikat babanya itu, dia hanya menceroboh masuk ke dalam bilik pejabat Tuan Mukhriz. Dia akan membuat pemeriksaan ;kesihatan’ percuma di pejabat babanya sebelum merebahkan tubuhnya ke atas sofa empuk. Tihani tidak berkerja dengan Tuan Mukhriz, alasannya amat mudah. “Your company not my style…” Sampai begitu sekali Tihani menolak tawaran kerja daripada babanya. Sekarang ini, sudah masuk tiga bulan dia menjadi pengangur ‘asing’ tetap di rumahnya selepas berhenti bekerja tempat lamanya. Sekaran kerjanya hanya makan, tidur… bangun tidur esoknya, makan lagi, lepas itu, mencekik lagi sampai habis stok makanan sebulan di rumahnya. Tak lama lagi, memang wajib Tihani bertukar menjadi Blue Hippo. Tak pun badak ayor.. hehehehe…
Ketika Tihani sedang melayan jiwang asmara tahap rock, dia tiba-tiba diganggu dengan jeritan yang mengganggu ketenteraman lamunannya. Jeritan itu, well taklah kuat mana pun tetapi Tihani tetap marah tahap mengelegak otak weh! Tihani cepat-cepat bangun, dia terkejut apabila melihat seorang lelaki yang berkemeja pink sedondong dengan tali lehernya yang berwarna pink juga. Nasib baik seluarnya berwarna hitam, kalau tak memang Tihani bagi judo terus terlentang di hospital. Dia pantang kalau lelaki yang terlalu obses dengan colour pink. Not her style…
“Kau siapa?” Tihani belum sempat bertanya khabar dan salam perkenalan, lelaki itu terus menembak dia dengan soalan.
“You tu pulak siapa?” Tihani bertanya balik dengan nada mendatar, malas nak layan.
“Ehhh!!! Awak siapa nak tanya saya balik. Baik awak dengan rela hati berjalan keluar dari bilik Tuan Mukhriz sebelum pak guard warga bangla heret awak!” Lelaki itu memberi amaran. Jari jemari dia melentik sampai kalah bulu mata Rozita Che Wan. Senak perut Tihani dengan kelakuan lelaki itu. Dia mencebik.
Lelaki tadi berjalan mendekati Tihani yang tiba-tiba ketawa sakan. Tihani gagal menahan gelaknya apabila melihat lelaki itu berjalan dengan gaya model yang gagal ujian temu duga berkali-kali, tambahan lagi kaki dia terkepit-kepit macam orang nak tahan kencing. Dia yang 100% dijamin tulen sebagai gadis pun tidak berjalan seperti dia.
“Awak gelak kenapa? Johan raja lawak tak buat lawaklah hari ini. So, sila keluar!” Suara lelaki itu meninggi sehingga menjengkelkan Tihani.
“Suara kau macam itik lemas. Nyaring sangat. Kurangkan sikit nada suara kau… lembut sangatlah kau ni…” Tihani mengekek ketawa apabila jejaka itu menghempas fail ke atas meja yang terletak di hadapan sofa tempat dia beristirehat.
“Benci!!!”
“Aaa… alaa, janganlah macam ni. Aku minta maaf. Janganlah nangis.” Tihani mengelabah apabila lelaki itu tiba-tiba mengalirkan air mata. Sensitif juga kaum kerabat lembut ini. Aduh, aku pula buat masalah dengan dia.
“Alalalala… bucuk jangan nangis kak Hani gurau jer…” Tihani cuba memujuk lelaki lembut itu. Dia menyentuh lengan lelaki itu. Fuyooo… pejal gila lengan dia! Mesti jaga badan. Agak-agak, dia ada six packs tak? Masih sempat dia skodeng mamat tu.
“TIHANI MARYAM~!” Sekali Tuan Mukhriz masuk pejabat daaa…
“Baba… Hani tak buat apa-apa pun. Dia yang tiba-tiba nak emo.” Alasan yang muncul dalam kepala otaknya dua saat yang lalu.
“Saif, kamu tak apa-apa ke?” Tuan Mukhriz bertanya kepada pekerjanya yang masih mengosok matanya.
Berdesup kesedaran masuk ke dalam minda Tihani. Saif! Sai… Ya, Allah takkan mamat lembut ni Saif Amar. Impossible. Nehiii my heart!
“Hah Hani, ini Sai…”
“Saif Amar binti Awaluddin!”
“Aku BIN, bukan BINTI. Benci macam ni.” Kaki Saif menghentak-hentak lantai tanda dia protes.
Ewww… Not my style baba!
“Sorry, but I’m Tihani. Tihani Maryam. Maybe my baba have told you about me.” Tihani melambai tangannya dengan teruja.
“Yes. He told me you’re cute.”
“Awww, thanks baba..” Kembang semangkuk cendol hidung Tihani apabila mendapat pujian.
“But you’re not cute, but annoying. I hate you!” Saif berkata lantas melangkah keluar dari bilik pejabat.
Tuan Mukhriz membuat pertandingan melawan jelingan dengan anak daranya. Pergi-pujuk-dia-sekarang. Tihani mengeleng. No-baba.
“TIHA-“
“Okey, okey. I’ll go now.” Tihani mengangkat kedua-dua tangannya tanda mengalah. Sayang sangat dekat budak tu.
Tihani terpaksa berlegar-legar di dalam syarikat babanya untuk mencari lelaki yang bernama Saif. Dia menyesal kerana tidak sempat bertanya di mana terletaknya bilik Saif itu. Nak bertanya, dia agak segan. Akhirnya, dia membuat panggilan kepada Tuan Mukhriz. Redha sajalah jika babanya meleter tak henti selepas ini.
“Baba… Hani tak jumpa-”
“Dia ada kat pantry tu. Pergi pujuk dia cepat.”
Dengan lemah longlai Tihani melangkah menuju ke pantry yang dimaksudkan. Mulutnya masih becok merungut tentang itu dan ini. Babanya pula, mesti sibuk tersengih-sengih mendengar dia membebel macam orang tua amnesia. Sebaik sahaja kakinya sampai di pantry, dia terus ternampak belakang susuk tubuh tegap seorang lelaki yang sedang mengacau air. Tihani serta-merta mematikan telefonnya. Dia yang malu-malu kucing miang melangkah masuk, lalu berdiri di belakang lelaki itu. Jari telunjuknya mencuit bahu Saif. Terjerit kecil lelaki itu mengalahkan perempuan. Bahu Tihani menjadi mangsa tamparan ‘wanita’ Saif kerana dia melatah secara tiba-tiba.
“Aduh sakit bagai ditusuk buluh sembilu.” Tihani berpura-pura sakit walaupun dia tidak merasakan ia.
Oleh kerana, Saif ini berhati lembut, dia segera meminta maaf. Siap papah lagi Tihani menuju ke meja kecil yang ada dalam ruangan kecil itu. Dia mengusap-usap bahu Tihani untuk mengurang kesakitan gadis itu. Tiba-tiba, Saif terjerit lagi sambil menjarakkan diri mereka. Tihani jadi muak apabila lelaki itu menjerit rapat ke telinganya. Gegendang telingannya bagai nak pecah.
“Maaf, aku tak sengaja sentuh kau.”
Kening Tihani bertaut dengan reaksi lelaki itu. Tihani tersengih miang. Aduh, malu aku sehhh!!! Macam mana aku boleh bersentuhan dengan bukan muhrim aku. Nasib dia sedar dulu.
“Ehem… aku datang ni nak minta maaf. Baba suruh aku say sorry.”
“Tak ikhlas awak minta maaf.”
“Alaaa, takkan kau nak aku melutut kot?”
“Tak payah melutut, kahwin dengan saya pun boleh jalan juga…”
“What the chicken legs!!! No. No. No. Something wrong in your mind. Baru jumpa sehari, ajak aku kahwin.” Tihani bagaikan terkena renjatan elektrik bervoltan-voltan. Sampai terjatuh kerusi yang dia duduk apabila dia bangun berdiri.
“Kenapa? Awak malu ke ada suami lembut?”
“Mana ada aku malu. Kau jangan nak main tuduh-tuduh aku sebarangan.”
“Saya tahu… Saya faham… Semua orang perempuan sama saja. Asal nampak lelaki lembut mereka tentu mula salah faham. Mereka ingat kami tak mampu membahagiakan mereka, tak mampu nak melindungi mereka.” Saif mengeluh kasar. Dia menghirup air coklat panas di dalam mug merah jambunya.
“Sesetengah perempuan, okey. Bukan semua perempuan itu hipokrit. Tolong luaskan fikiran kau. Pandang ke depan.” Tihani bersungguh-sungguh menegakkan kebenaran tentang nilai seorang gadis. “Kau jangan menilai orang sesuka hati. Apa bukti kau kata kaum jenis aku semuanya sama?”
“Awak!” Saifullah menunding jarinya ke muka Tihani. “Awak ialah buktinya. Saya ajak awak kahwin pun sudah sentap, ini belum lagi hantar rombongan. Mesti awak buat amuk kat rumah nanti. Kasihan baba awak.”
Heh, mamak toyol ni! Aku dah minta maaf, dia kata aku balik!
“Aaak…”
“Sudah awak. Kitakan sudah berjumpa, awak pun dah minta maaf. Jadi, saya minta diri nak sambung kerja semula.”
“Eh tunggulah. Aku belum habis lagi debat aku ni. Panjang 55 muka surat ni.” Tihani mengejar Saifullah dari belakang, bagai anak kecil dia mengekori lelaki itu.
“It’s okay Maryam. I understand you. We don’t need to discuss about this anymore. Take care yourself Maryam…” Terkebil-kebil Tihani apabila Saifullah memanggilnya Maryam. Belum pernah dalam sejarah hidupnya selama 25 tahun orang memanggilnya Maryam.
“Wehhh…” Tihani kehabisan kata-kata, akhirnya dia pulang ke rumah dengan hati yang berat.
“CALL AKU MALAM NI!”
“I don’t have your number, Maryam…” Saif berkata
Dalam sedar tak sedar, mereka sebenarnya sudah 2 bulan sekerat hari tidak berjumpa sejak peristiwa itu. Tihani masih belum melupakan ‘perdebatan’ dia dengan Saif. Dia masih keliru sama ada yang dia betul-betul malu untuk mempunyai pasangan seperti dia ayau dia hanya rasa kurang selamat. Kerana darah mudanya yang ingin mengetahui sesuatu dan rasa ingin tahu, Tihani telah membuat keputusan yang mengejut.
Share this novel