BAB 4

Romantic Comedy Completed 29109

Beberapa hari selepas itu, dengan persiapan ala kadar dan kursus kahwin express, mereka bernikah dengan berwalikan Tuan Mukhriz yang juga jurunikah untuk anak gadisnya dan, bersaksikan ibu bapa Saif serta beberapa orang kampung yang turut menghadiri hari bersejarah mereka di rumah ibu bapa Saif.

Tihani mengangkat wajahnya untuk menyaksikan Saif mengenggam tangan babanya, memulakan akad nikah.

“Saif Amar bin Awaluddin…”
“Saya…”

“Aku nikahkan dikau dengan puteri ku, Tihani Maryam binti Mukhriz dengan mas kahwin senaskah al-Quran dibayar tunai.”
Tihani tidak menunduk malu seperti gadis-gadis yang dinikahkan sebelum ini. Dia berani memandang bakal imannya melafazkan akad nikah untuk menjadikan dia pemaisuri hati. Kami akan bahagia dengan izin-Nya…

“Aku terima nikahnya Tihani Maryam binti Mukhriz dengan mas kahwin senaskah al-Quran dibayar tunai.”

Tuan Mukhriz memandang saksi di kiri dan kanannya. Mereka mengangguk sambil mengatakan sah. Hanya sekali lafaz akad nikah mereka telah bersatu. Tangan diangkat untuk membaca doa, bersyukur dengan penyatuan dua jiwa. Saif tersentak apabila ada suara yang menyuruh dia melalui adat pembatalan air sembahyang. Isterinya sedang menunggu dia. Tanpa sedar, dia tersenyum sebaik sahaja melihat Tihani kerana gadis itu memakai baju kurung putih serta bertudung litup.

“Terima kasih, awak…” Saif berkata tiba-tiba. Tangannya sibuk menyarung cincin ke jari manis Tihani.

Selepas, jarinya tersarung cincin, dia mengucup dahi Tihani. Dan dia sedikit terpana apabila Tihani berani membalas ciumannya yang terarah di pipi. Dia menjadi malu dengan situasi itu, lalu menundukkan wajahnya daripada pandangan isterinya. Tihani sedar yang ada segelintir tetamu ketawa kecil dengan aksi berani matinya. Majlis kecil-kecilan diadakan di rumah ibu bapa Saif, itu pun dengan tempahan katering.

Saif menjadi gugup apabila ibu bapanya sibuk menolak dia masuk ke dalam bilik tidur sedangkan tetamu masih ada di luar. Dis tercegat di luar bilik tidurnya sendiri, dia takut untuk masuk, malahan untuk memberi salam pun dia tidak mampu. Saif mengenggam tombol, dia ingin membuka pintu bilik tetapi, ia terlebih dahulu dibuka dari dalam. Saif tersentak lalu menjentik dahi Tihani yang muncul di depan dia. Nak kata bengkak tu, memang tak. Tetapi boleh tahan merah juga dahi Tihani dengan penangan Saif itu.

“Hani, abang minta maaf. Sakit tak?” Saif sibuk mengusap tempat yang dia jentik tadi. Tihani pula memandangnya tidak berkelip-kelip, dia senyum meleret apabila Saif boleh membahasakan diri dia ‘abang’. Walaupun, Saif berkelakuan agak lembut, dia masih senang melihat suaminya yang sudah menunjukkan sikap penyayang.

“Jom kita masuk!” Tihani ceria sambil mengheret Saif masuk ke dalam bilik tidur. Pintu bilik dikatup rapat. Saif mendapat satu debaran yang hebat.

“Eh, Hani… Mar… Tihani… Maryam…”

“Yes. It was my entire name. Why?”
“Saya nak layan tetamu dulu. Awak rehatlah.” Saif mendudukkan Tihani di atas katil. Dia yang ingin melangkah pergi telah tertarik ke belakang kerana Tihani sempat memaut tangannya.

Spontan dia hilang imbangan badan, lalu menindih tubuh Tihani yang kecil berbanding dirinya. Tinahi bertindak pantas memeluk leher Saif agar dia tidak melarikan diri. Matanya yang bundar dan hitam merenung wajah Saif dari dekat. Dia akui yang Saif agak kacak walaupun tidak sekacak artis kegemaran dia.

“Mar, lepaskan saya. Jangan awak buat apa-apa pada saya.” Saif mula menunjukkan perasaan takutnya. Kerana kasihan pada lelaki itu, Tihani melepaskan pelukan di lehernya.

Saif serta merta berdiri tegak, dia tidak berani memandang Tihani yang masih terlentang di atas katil. Saif mula melangkah pergi tetapi…
“If you dare walk out of our bedroom, I’ll kiss you endlessly on the spot.” Tihani mula bermain psikologi menggoda dan tergoda dengan suaminya. “Don’t you move even an inch…” Tihani bergerak ke almari, dia mengambil sehelai kain pelikat dan baju untuk Saif.

“Buka baju.” Tihani memberi arahan keras. “Abang, buka baju. Saya nak awak pakai baju ini.”

Tihani terpaksa membuka baju melayu Saif apabila lelaki tersebut tidak bergerak sedikit pun.
“Maryam, aaa… apaaa niii….?”

“Salin baju abang.” Dengan selamba badak air dia membuka baju Saif. “Abang!!!” Dia berteriak apabila memandang bentuk badan Saif yang sasa. “Comelnya badan abang. Bila pergi buat?” Tihani tanpa segan silu menyentuh setiap tempat yang dia gatal nak sentuh. Suami dia, lantak dialah nak sentuh.

Saif ketawa kegelian dengan tindakan Tihani yang mencucuk perutnya tanpa henti. Dia memegang tangan isterinya, lalu ditarik ke dalam pelukan. Pada masa yang sama, pintu bilik terbuka luas, terjengul tiga biji kepala dengan mulut ternganga. Dapat tengok free show lah katakan…

Tihani bertindak pantas meleraikan pelukan Saif. Dia yang memang malu tahap nak masuk dalam tanah cuba sedaya upaya menghadang tubuh Saif daripada mata-mata yang memandang mereka.

“Baba, abah, umi… Stop looking at my hubby, please. We need our PRIVACY!”

“Dia cakap apa tu, bang? Sepatah haram saya tak paham.” Cik Siti merungut pada suaminya. “Apa hubbih tu? Sejenis binatang pink dengan lubang hidung besar tu ke?” Alahai, mak mertua pun boleh tahan buat lawak basi jugak…

“Akak, bang… kita tinggalkan bebudak yang tak berapa nak budak mana ni main-main dalam bilik. Kita pergi mencekik dahulu.” Tuan Mukhriz terus menutup pintu. “Ingat, kalau nak privacy, sila kunci pintu. Jangan lalai.” Babanya ketawa berdekah-dekah sambil disambut oleh mertuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience