BAB 3

Romance Completed 11885

Syahirah hilang kata-kata. Uminya membebel macam betih jagung yang sedang dimasak. Pok pek pok pek.

“Arr.. saya boleh bawak dia pergi sekolah dengan basikal saya. Nanti kita merempit ya, Syahirah.” Alex tersenyum. Dia amat suka membantu Syahirah.

“Bagus juga cadangan tu. Nanti datanglah awal sikit ye Arian. Boleh sarapan sama-sama.” Umi Syahirah menerima

cadangan itu dengan hati yang terbuka. Alex hanya tersenyum mendengar bicara umi Syahirah.

“Alex, Alex. Tolong saya.” Syahirah menarik-narik baju Alex sambil merayu.

“Kenapa, kenapa?” Alex bertanya risau.

“Caf? kita tak cukup pelayan. Tolong ye Alex. Jadi pelayan sampai tengah hari je.” Rayu Syahirah. Minggu ni sekolah mereka mengadakan ‘Hari Usahawan Muda’ di mana mereka perlu menjual apa-apa sahaja mengikut kelab yang mereka sertai.

Alex memandang baju yang tersarung dibadannya.

“Baju? Nak pakai baju sukan ni?” tanya Alex. Gila nak layan tetamu pakai baju sukan je. Mahu lari pelanggan.

“Baju jangan risau. Dia orang ada sediakan baju untuk kecemasan. Cepat-cepat. Ikut saya.” Syahirah terus menarik

lengan baju Alex dan menuju ke bilik persalinan.

Alex terus menukar pakaian yang mereka bagi dan bergaya di hadapan cermin sambil membetul-betulkan rambutnya. Dia berjalan keluar dari bilik persalinan.

“Errr.. ok tak?” Alex bertanya kepada Syahirah.

“Ok je. Yang pasti ada orang nak amik order. Dah jom.” Syahirah terus menarik lengan baju Alex dan mereka berlari

ke Bilik Seni.

“Wei, budak mana tu. Hensemnya.” Bisik beberapa pelajar perempuan apabila Alex dan Syahirah melepasi mereka. Alex hanya membuat tidak tahu dan mengikuti langkah Syahirah. Aku ni hensem sangat ke? Ceh, perasan kau Alex.

“Ni menu, ni kertas dan pen. Awak tau kan nak buat apa?” Syahirah menyerahkan menu, kertas dan pen kepada Alex. Alex mengangguk dan terus menjalankan tugasnya.

“Wei, jom ke caf? kat Bilik Seni. Aku dengar, ada budak hensem jadi pelayan dekat situ. Jom.” Seorang pelajar perempuan mengajak kawan-kawannya ke Bilik Seni.

Semakin popular Caf? itu apabila Alex menjadi pelayan disitu. Ditambah pula dengan makanan-makanan yang sedap

serta hasil-hasil seni yang menarik dijadikan hiasan. Nampaknya ada kemungkinan Kelab Seni akan menang.

“Satu kek oreo, satu cappuccino ais, satu coffee latte dan satu coffee ais bland.” Alex memberitahu Syahirah pesanan yang baru dia ambil tadi.

“Ok, dapat.” Kata Syahirah setelah mengingati pesanan itu. Alex mengambil dulang yang dipenuhi dengan makanan-makanan yang dipesan dan membawanya ke meja pelanggan. Alex mengukirkan senyuman ke arah pelanggan itu.

Selepas meletakkan makanan-makanan tersebut ke atas meja pelanggan, Alex membongkokkan sedikit badannya sebagai tanda hormat dan menuju ke dapur. Alex meletakkan dulang di atas kebinet yang berada di dapur dan berlalu ke meja pelanggan untuk mengambil pesanan.

“Selamat datang. Pesan apa, Cik?” Alex memberikan menu dan mengukirkan senyuman ke arah pelanggan itu.

“Pesan you boleh?” kata pelanggan itu. Alex tidaklah berapa nak terkejut kerana tadi juga dia menghadapi keadaan seperti ini.

“Disini hanya menjual kek dan coffee. Kami tidak menjual pelayan, Cik. Harap maklum.” Kata Alex lembut namun bernada tegas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience