BAB 10

Romance Completed 11885

“Kalau kau dekati dia, aku tak akan teragak-agak nak tembak kau.” Kata Alex berani. Dia tekad, meskipun Ricky itu ayahnya, namun dia tidak boleh membiarkan ayahnya membunuh lebih ramai orang yang tidak bersalah.

“Dasar pembunuh.” Ricky mengangkat pistolnya dan mengacukan ke arah Alex.

“Sa. Yo. Na. Ra.” Banggggg.

3 tahun berlalu..

Selasa, 6/4

Assalamualaikum Alex,

Malam tadi saya mimpikan awak. Awak pakai baju putih.Awak nampak makin kacaklah. Ehehehe. Awak senyum dekat saya.

Saya harap dapat berjumpa dengan awak lagi. Insyaallah.

Yang benar.

Nur Syahirah

Syahirah melipat sekeping kertas setelah menulis beberapa ayat kedalamnya. Selepas itu, dia memasukkan kertas itu ke dalam sebuah kotak khas yang berada di sebelah meja belajarnya. Sudah menjadi rutin hariannya menulis surat kepada Alex walaupun surat itu hanya terkubur di dalam kotak itu. Syahirah tersenyum puas di hadapan kotak itu.

“Syahirah.. turun cepat. Nanti lambat pergi sekolah.” Uminya menjerit dari bawah.

“Ya, umiii. Syahirah turun ni.” Syahirah terus meragut begnya yang berada di atas katil dan menuruni tangga

sepantas mungkin.

Sejak kejadian di Jepun itu, Syahirah kembali belajar di Malaysia. Kejadian yang sepatutnya dia yang terbunuh akhirnya diselamatkan oleh Alex. Sementara Alex menghilangkan diri walaupun dirinya mengalami kecederaan yang serius. Ricky pula, dia mati ditempat kejadian setelah ditembak serentak oleh Alex dan polis Jepun.

“Eri, Emi. Meh sini.” Umi Syahirah memanggil adik kembar Syahirah yang bernama Hairi dan Helmi. Hairi dan Helmi memandang umi sebelum mendekati umi mereka.

“Tali leher ni tak pernah nak betul. Kamu berdua ni, dah besar pun tali leher senget-benget lagi.” Umi mereka mula membebel sambil membetulkan tali leher Hairi. Hairi dan Helmi hanya berdiam diri. Mereka sudah lali mendengar semua itu.

“Syahirah pergi dulu umi. Assalamualaikum.” Syahirah mencium tangan ibunya dan dia terus berlari ke sekolah.

“Ok kelas. Hari ni kita ada murid baru. Masuk, masuk.” Semua budak kelas 5 Bakti memandang pintu kelas. Seorang pelajar lelaki melangkah masuk ke dalam kelas.

“Wohoooo.” Kelas 5 Bakti menjadi riuh renda. Budak-budak perempuan kelas itu pula berbisik-bisik apabila melihat pelajar lelaki itu.

“Ahhh.. hensemnya.” Begitulah contoh bisikan mereka.

“Bertenang, bertenang.” Cikgu Faridah meredakan suasana.

“Sila perkenalkan diri kamu.” Kata Cikgu Faridah.

“Hai. Nama saya Alex Arian. Hobi saya, main, tidur dan membaca. Selamat berkenalan.” Alex tersenyum gembira memandang Syahirah yang juga turut berada di dalam kelas itu. Syahirah memandang Alex terkejut. Biar betul!!!!

“Hai. Takde payung ke?” Alex bertanya kepada Syahirah.

“Takde.” Syahirah membalas pendek.

“Nak tumpang?”

“Boleh je.” Syahirah tersenyum ke arah Alex.

Dia tesenyum bahagia, tidak seperti hari-hari yang telah berlalu dia sendiri membawa duka, menangis dalam hujan tiada siapa yang tahu, tapi kini dengan hadirnya lelaki di sebelahnya ini, dia seperti ada tempat berteduh dari panas dan hujan, ada teman yang akan mendengar rintihan dan kisah dukanya, ada bahu untuk berpahut melepas resah dan lelah dan ada kekasih yang menghibur hati kala berduka, selamat tinggal duka, kau bersamaku dalam tempoh yang cukup lama, kini izinkan aku bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience