BAB 1

Romance Completed 11885

Aku simpan apa yang terbuku ini kerana ku merasa tiada gunanya aku menjaja kisah peribadi membuat orang terhibur bak makan popcorn melihat pergolakan suka duka hidup kita. Tiada siapa yang berminat, mahu ambil tahu dan peduli, tiada siapa yang sudi seikhlas hati menyekah duka melara hati ini. Tiada siapa, kerana itulah aku simpan ia menjadi beban yang memberat dalam diriku. Tapi aku juga manusia, ada ketika bila ku merasa Tuhan seperti tidak mahu mendengar doa ku aku tewas, hanyut dimakan belenggu. Airmata membanjiri dan ku rasa semua di dunia seakan tiada erti lagi.

“Mari kita buat sesi suai kenal. Ok, kita mulakan dari kamu ya.” Cikgu Faridah memandang kearah Alex. Alex menunding jarinya kedirinya sendiri. Rasanya dekat belakang ada ramai lagi. Dia berpaling ke belakang. Kosong!!

Bergema kelas tingkatan 1 Jujur dengan gelak ketawa. Lupa pula kawan-kawannya yang lain sudah beralih tempat duduk. Alex tersengih.

“Nama saya Alex Arian. Boleh panggil Alex je. Hobi saya, main, tidur dan membaca. Cita-cita nak jadi usahawan muda yang berjaya.” Alex duduk setelah memperkenalkan dirinya.

Banyak-banyak perkara di dalam sekolah, Alex paling tindak suka memperkenalkan dirinya. Yela, itu pun nak tahu.

Alex memerhati seorang gadis yang tidak jauh darinya. Gadis itu memakai baju sekolah seperti budak perempuan lain. Kelihatan gadis itu berdiri di hadapan pintu pagar sekolah dan sedang menadah air hujan. Gadis itu tersenyum

sendiri.

“Kau tak ada payung ke?” Alex berkata sambil memandang gadis itu. Gadis itu hanya menggelengkan kepalanya.

“Jom, aku hantar kau.” Alex membuka payung transparent yang baru sahaja dia beli di koperasi sekolah. Koperasi sekolahnya memang pelik sedikit. Pelbagai barang dijual. Macam kedai runcit.

“Tak apalah. Menyusahkan awak je.” Gadis tu menolak ajakan Alex.

“Tak menyusahkan pun. Lagipun kau nak duduk sini sampai hujan berhenti ke? Nanti mak kau risau pulak.” Alex

melangkah kehadapan sedikit. Kemudiannya dia berpusing menghadap gadis itu. Gadis itu menundukkan kepalanya sedikit.

“Jom.” Ajak Alex lagi. Akhirnya gadis itu melangkah ke arahnya. Mereka berjalan beriringan memasuki perkarangan rumah teres dihadapan sekolah mereka.

“Aku macam pernah nampak kaulah. Tapi dimana ye?” kata Alex.

“Kitakan satu kelas.” Balas gadis itu pula.

“Oh ye ke. Tak perasan pulak. Apa nama kau ek?” Alex bertanya. Alex ni bab-bab nama memang pelupa. Mentang-

mentanglah nama dia cantik lagi sedap.

“Nama saya Nur Syahirah bt Zainoor Hisyam. Jangan lupa tau nama saya ni.” Balas Syahirah agak geram.

“Ohhh. Ok-ok. Arrrrr, tempat duduk kau dekat mana ek?” Alex bertanya lagi. Syahirah berhenti melangkah.

“Tempat duduk saya satu baris dengan awak tapi yang depan sekali. Awak ni macam tak ada dalam kelas je tadi? Takkan tak nampak saya yang sebesar gajah ni?” kata Syahirah geram. Banyak tanyalah budak ni.

“Sorry lah. Aku memang susah nak ingat muka orang. Tunggu setahun baru aku dapat ingat semua orang dalam kelas. Ehehehe. Sorry sangat-sangat.” Alex meminta maaf.

Selepas hari itu, Alex mula menganggangu ketenteraman Syahirah. Bukan itu saja, dia juga turut menghalau teman semeja Syahirah. Kesian.

Alex, seorang budak lelaki yang baik tapi kadang-kadang jahat dan aktif sukan. Mukanya pula seperti orang cina sedikit. Syahirah pula comel, berkaca mata, bertudung, pandai, aktif, baik dan banyak lagi. Memang terlampau banyak kelebihan Syahirah ni.

“Huhhh. Huh.” Syahirah berlari kelemahan. Dia berasa sangat malang kerana melalui taman permainan itu. Sudahnya dia di kejar anjing gila.

“Huh, saya dah penatlah. Janganlah kejar saya lagi. Daging saya ni tak sedaplah.” Syahirah berhenti berlari dan menarik nafas panjang. Dia sudah tidak tahan lagi bermain kejar-kejar. Dia hanya berserah kepada takdir. Senang

sungguh Syahirah mengalah.

“Lalalalalala…” Alex bernyanyi riang. Hatinya sungguh gembira hari itu. Tiba-tiba Alex ternampak kelibat seseorang yang sedang berlari dari jauh.

“Macam kenal. Tu bukan Syahirah ke? Kenapa dia lari sorang-sorang tu? Buang tebiat ke?” Alex membebel seorang

diri. Alex hanya menonton Syahirah yang sedang berlari itu.

Tiba-tiba kelihatan Syahirah berhenti dan menarik nafas. Mata Alex meliar-liar mencari sesuatu yang mengejar Syahirah. Alex terkejut. Anjing!! Tanpa membuang masa, Alex berlari kearah Syahirah. Dia sempat mengambil sebatang kayu untuk mempertahankan diri.

Syahirah terduduk diatas jalan tar itu. Kakinya terseliur. Syahirah mengangkat kepalanya dan kelihatan Alex berlari kearahnya sambil menggengam sebatang kayu. Alex terus berdiri dibelakang Syahirah. Dia mengangkat kayu itu seakan-akan pedang. Oi, ingat ni main pedang-pedang ke?

“Aku tak tahu apa dosa yang Syahirah dah buat dengan kau. Tapi aku tak akan biarkan kau cederakan dia. Yahhh.” Alex menghalakan kayu itu kearah anjing itu. Kayu itu terkena tepat di atas kepala anjing itu. Anjing gila itu terkejut dan terus lari lintang pukang.

“La? pengecut rupanya.” Alex memukul-mukul bahunya dengan kayu itu. Alex memandang Syahirah yang berada dibelakangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience