BAB 7

Romance Completed 11885

“Oklah. Aku tak nak main-main dah. Tengok IC aku ni. Ni yang baru tau.” Alex menghulurkan IC nya. Susah sangat nak

buat budak sorang ni percaya.

Syahirah menyambut IC itu. Dia merenung IC itu lama. Syahiraha mengangkat kepala memandang Alex. Kemudian dia merenung IC itu kembali.

“Kenapa?” Alex memandang Syahirah pelik.

Syahirah memandang Alex.

“Stail rambut kat dalam IC dengan awak tak sama.” Kata Syahirah. Erk.. Alex terkedu. Itu pun dia perasan.

“Yela-yela. Saya percayakan awak. Ehehehe.” Syahirah tersenyum gembira. Alex membalas senyuman Syahirah.

Imbasan lalu..

“Duduk!” seorang lelaki mengarahkan Alex untuk duduk di sebuah kerusi. Tangan dan mulut Alex diikat kemas. Alex

hanya mengikut arahan lelaki itu. Dia tidak memberontak kerana kepenatan setelah dikurung.

“Bos. Ni budaknya.” Lelaki itu berkata kepada seseorang yang duduk di kerusi yang berhadapan Alex. Alex tidak

dapat melihat wajah lelaki itu kerana suasana yang gelap.

“Bagus. Kau boleh pergi sekarang. Sebelum tu, bukak ikatan mulut dia tu. Aku nak cakap dengan dia.” Arah lelaki

misteri itu. Lelaki yang berada di sebelah Alex segera membuka ikatan mulutnya.

Lelaki misteri itu berjalan kearah Alex. Sedikit demi sedikit wajah lelaki itu akhirnya kelihatan jelas. Alex terkejut kerana lelaki itu adalah ayahnya sendiri.

“Papa nak apa dari Arian?” Alex bertanya perlahan sambil memandang ayahnya.

Pangg? pipi Alex ditampar. Alex terpana. Bibirnya luka.

“Jangan panggil aku dengan panggilan tu. Kau bukan anak aku.” Kata Ricky tegas. Dia berjalan kekiri dan kekanan

dihadapan Alex.

“Tujuan aku bawak kau ke sini untuk latih kau. Kau orang yang paling sesuai untuk di jadikan pembunuh bersiri. Kau

akan dilatih dalam mua thai, menembak dan menjadi seorang pencuri. Bersiap sedialah untuk latihan kejam untuk kau.

Hahahaha.” Ricky ketawa jahat. Baginya Alex adalah orang yang terbaik untuk dijadikan pembunuh.

Alex hanya menunduk memandang lantai. Dia terlalu penat untuk membantah. Dan sejak itu, dia dilatih untuk di jadikan pembunuh.

“Yukiii. (salji)” Syahirah berlari-lari di taman permainan yang berada dihadapan bangunan yang mereka tinggal. Taman itu makin dipenuhi dengan salji yang berwarna putih. Bukan sahaja taman itu, tapi hampir semua tempat

dipenuhi dengan salji.

Alex berjalan mendekati Syahirah. Tiba-tiba sebuah bola salji mendarat diatas bajunya. Alex mengangkat wajahnya. Dia memandang Syahirah dan tersenyum jahat.

“Yahhh..” bermulalah perperangan antara mereka. Mereka membuat kubu sendiri dan menahan serangan dari pihak lawan. Kadang-kadang ada juga orang jepun yang lalu di situ. Tapi mereka hanya tersenyum dan berlalu. Ada juga yang join sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience