BAB 5

Romance Completed 11885

Selepas merehatkan diri di bawah sebuah pokok, mereka berjalan-jalan ke sekeliling sekolah. Mereka singgah ke

hampir ke seluruh gerai yang berada di situ. Dan keesokkannya, diumumkan bahawa Kelab Seni memenangi pertandingan itu. Alex hanya tersengeh apabila mengenang kejadian semalam. Jangan kata mukanya yang hensem menjadi salah satu

faktor kelabnya menang semalam. Erkkk.

Alex membuka pintu pagar rumahnya setelah pulang dari kedai. Neneknya menuruhnya membeli sedikit barang keperluan rumah.

Sedang dia membuka pintu pagar rumahnya, tiba-tiba badannya dipeluk dari belakang dan diheret kearah sebuah van.

“Woi, lepaskan aku ahh. Lepas ahh weii.” Alex menjerit. Seorang lelaki menekup mulutnya dengan sapu tangan dan

akhirnya Alex diam. Dia pengsan.

“Kenapa Alex tak datang hari ni?” Syahirah memandang tempat duduk Alex yang kosong. Hari ini dia pergi ke sekolah berseorangan tanpa Alex.

“Kenapa saya rasa kehilangan?” Syahirah bercakap sendiri. Dia rasa seperti sesuatu yang hilang.

2 tahun kemudian..

“Ahh, bunga sakura. Cantiknya.” Syahirah duduk dibawah sepohon pokok sakura. Angin lembut menyapa pipinya. Nyaman je rasa. Kini dia berada di Jepun untuk mencari ilmu. Dia sengaja menukar sekolah di Jepun untuk melancong disana. Menyelam sambil minum airlah katakan.

Syahirah senyum sendiri sambil menikmati keindahan alam. Fikirannya mula merayau ke masa silam dimana kenangan dia bersama Alex. Hubungan mereka putus begitu sahaja. Tiada khabar berita langsung. Tanpa Syahirah sedari, air matanya jatuh. Sungguh dia rindukan Alex.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience